ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia perkenal CR-V Black Edition, harga RM161,913

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan varian baharu, CR-V Black Edition yang ditawarkan dalam pilihan warna ekslusif iaitu Crystal Black Pearl.

Ia ditawarkan pada harga RM161,913.99 (harga atas jalan tanpa insurans) termasuk pengecualian cukai jualan sehingga akhir tahun ini. Pengenalan varian baharu ini memberi pilihan tambahan kepada varian sedia ada iaitu 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD dan 1.5L TC-P 4WD.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, sejak 2003, lebih 108,000 unit CR-V telah terjual hingga ke hari ini.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Tambahnya, generasi kelimanya telah diperkenalkan pada 2017 dan kini mendominasi jualan SUV segmen Bukan-Nasional dengan 24 peratus pegangan pasaran pada Ogos 2021.

CR-V Black Edition menampilkan kemasan serba hitam dengan jeriji hadapan baharu hitam dengan lampu hadapan LED dan kemasan hitam pada kedua-dua bahagian bampar depan dan juga belakang. Melengkapi tema hitam luaran, ia turut dilengkapi dengan rim aloi 18-inci dengan kemasan hitam piano.

Di ruangan kabin, perincian pada stereng, paparan meter TFT 7-inci dan corong pendingin hawa turut diberi kemasan hitam piano. Konsol tengah, papan pemuka dan kemasan pintunya pula dihiasi dengan kayu berwana hitam.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Selain itu, pelapik bumbung dan kemasan tempat duduk juga diberikan sentuhan warna hitam, manakala penyandar tempat duduk hadapan disulam dengan perkataan “Black Edition”. Model ini masih lagi mengekalkan enjin 1.5L VTEC Turbo yang menjana 193PS dan daya kilas maksima 243Nm.

CR-V Black Edition turut dilengkapi dengan ciri-ciri canggih seperti Remote Engine Start yang membolehkan anda menghidupkan enjin dengan hanya menekan butang pada kunci pintar serta mengaktifkan pendingin hawa untuk menyejukkan kabin.

Manakala Hands-Free Power Tailgate pula membolehkan anda membuka pintu belakang tanpa perlu membuka pintu. Ciri ini boleh diaktifkan dengan hanya menggerakkan kaki di bawah bampar belakang yang dilengkapi dengan penderia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply