ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jual alat ganti motosikal tiruan, dua premis diserbu

Berita Tempatan

Views

Dua premis menjual alat ganti motosikal disyaki menjalankan perniagaan menggunakan cap dagangan tidak sah diserbu Jual dalam dua serbuan berasingan baru-baru ini.

Menurut Harian Metro, Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, serbuan dibuat susulan aduan oleh wakil pemilik cap dagang berdaftar yang mengesyaki premis terbabit menyalahguna cap dagang tanpa kebenaran pemilik sah.

Katanya, bertindak atas maklumat, KPDNHEP Selangor menyerbu satu premis di Klang pada 25 Oktober dan Puchong pada 26 Oktober.

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…

Serbuan terhadap kedua-dua premis itu disertai wakil pemilik cap dagang bagi tujuan pengesahan dan pengecaman terhadap cap dagang yang disyaki tidak sah.

Siasatan mendapati, barangan yang dijumpai di kedua-dua premis seperti pelbagai jenis komponen alat ganti motosikal dan aksesori dijual dan dipamerkan didapati menggunakan nama, jenama, cap dagang pemilik cap dagang secara tanpa kebenaran.

Muhamad Zikril Azan berkata, dua Orang Yang Disyaki (OYDS) ditahan di premis masing-masing serta rakaman percakapan diambil bagi tujuan siasatan dan dilepaskan dengan jaminan polis.

Kedua-dua OYDS yang ditahan semasa serbuan adalah pemilik premis, masing-masing adalah lelaki yang berusia 30 tahun dan 55 tahun.

JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

Dalam serbuan itu, sejumlah 1,523 unit barangan terdiri daripada pelbagai jenis komponen alat ganti motosikal dan aksesori dirampas, manakala beberapa dokumen urus niaga lain turut disita bagi tujuan siasatan.

Anggaran jumlah keseluruhan nilai rampasan bagi kedua-dua premis yang diserbu terbabit adalah RM46,728.

Beliau berkata, dua kertas siasatan dibuka dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019, mempunyai dalam kawalannya bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

Sabit kesalahan seseorang boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan cap dagangan berdaftar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply