Menjelang penguatkuasaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang bakal bermula pada tahun 2020, Perodua semakin agresif untuk menjayakan kempen tersebut. Naib Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Datuk Ahmad Suhaimi Hashim yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Perodua berkata, kesedaran dan pematuhan mengenainya masih kurang dan ia amat membimbangkan.
Pada Oktober 2017, Perodua telah melancarkan kempen keselamatan jangka panjang dengan semua pengguna jalan raya, terutamanya para pelanggannya, sebagai sasaran, mengenai kepentingan menggunakan tanda isyarat, memakai tali pinggang keledar, tidak menggunakan peranti mudah alih semasa memandu dan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
Turut dilancarkan pada masa itu adalah Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp dalam dua model – Kerusi Infant dan Kerusi Toddler. Kerusi Infant sesuai untuk bayi yang beratnya sehingga 13 kg dan boleh didapati dalam warna merah atau kelabu, manakala Kerusi Toddler adalah untuk kanak-kanak yang beratnya antara 9-36 kg dan ditawarkan dalam warna merah atau hitam.
Sepanjang Ramadan, Perodua akan menjalankan kempen untuk mendidik, memberi kesedaran serta mempromosikan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan, terutamanya semasa perjalanan balik kampung untuk berhari raya.
Bermula 13hb Mei hingga 30hb Jun, Perodua akan menawarkan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak ISOFIX GearUp dengan harga promosi RM660 untuk Kerusi Infant dan RM780 untuk Kerusi Toddler, jauh lebih murah dari harga asal RM785 dan RM975.
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
Tambah Datuk Suhaimi, sebagai pengeluar kenderaan Malaysia, ia menjadi tanggungjawab mereka untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para pelanggan serta masyarakat ramai mengenai keselamatan jalan raya. Perodua sedar bahawa pendidikan adalah satu proses jangka panjang, namun akan terus komited terhadap usaha tersebut.
Penasihat jualan dan servis Perodua yang berhampiran sentiasa bersedia untuk menjelaskan penggunaan dan manfaat kerusi keselamatan ini serta kaedah pemasangan yang betul. Perodua turut menawarkan diskaun caj buruh sebanyak 50 peratus apabila pelanggan membelanjakan RM170 dan ke atas, sebelum cukai dan diskaun, di dalam satu resit.
Tawaran ini boleh didapati di semua pusat servis sah Perodua di seluruh negara pada 14hb, 16hb, 21hb dan 23hb Mei (1 petang – 5 petang), 27hb-31hb Mei (8 pagi – 5 petang) dan 3hb Jun (8 pagi – 5 petang). Perodua akan terus berusaha untuk meningkatkan piawaian keselamatan demi kepentingan para pelanggan dan masyarakat Malaysia.
Dikesempatan ini, Perodua mengucapkan Selamat Berpuasa kepada yang beragama Islam, dan berpesan kepada kepada semua rakyat Malaysia supaya sentiasa memandu dengan cermat, selamat dan berhemah.
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI