ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia tawar bonus tambahan sepanjang bulan April

Berita Tempatan

Views

Sepanjang bulan April, Honda Malaysia menawarkan pelbagai ganjaran kepada pelanggan menerusi kempen “Enjoy the Gifts of Booking Early”. Antara yang ditawarkan adalah Bonus Honda. Baucar Servis Percuma atau pilihan Wang Tunai bernilai sehingga RM3,500 termasuk Hadiah Eksklusif.

Rebat tunai ditawarkan untuk model-model seperti, Jazz, Jazz Hybrid, City, City Hybrid, BR-V, Accord, CR-V dan Odyssey yang didaftarkan pada 1 April 2019 hingga 30 April 2019. Kempen “Enjoy the Gifts of Booking Early” ini adalah sebagai tanda penghargaan Honda Malaysia kepada rakyat Malaysia memilih jenama tersebut, menjadikannya jenama Bukan-Nasional No.1 selama empat tahun berturut-turut dan tempat ke-2 dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) selama tiga tahun berturut-turut.



JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Pada bulan Januari lalu, Honda Malaysia melancarkan HR-V baharu yang menampilkan beberapa ciri baharu serta varian RS buat kali pertama yang menampilkan Sistem Stereng Pelbagai Nisbah Gear (VGR) untuk pemanduan yang lebih sporty.

Pada masa yang sama model HR-V 1.5L Sport Hybrid i-DCD juga diperkenalkan yang dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan Suntikan Terus. Enjin ini digandingkan bersama transmisi 7-Kelajuan Dwi-Klac dengan Motor Elektrik Berkuasa Tinggi yang memberikan penukaran gear yang lancar dan pantas.

HR-V didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan standard seperti enam beg udara, Isyarat Henti Kecemasan (ESS), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mendaki (HSA) dan ISO Fix. Sejak pelancarannya, model ini telah terjual hampir 6,000 unit, sekaligus berjaya mencapai 45 peratus sasaran jualan tahunan hanya dalam masa tiga bulan.

JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Setakat ini Honda Malaysia berjaya mencatatkan jumlah tempahan hampir 11,000 unit model HR-V dan mereka akan memastikan penghantarannya dibuat dalam tempoh menunggu yang munasabah.  Rekod ini menyaksikan ia berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu dalam segmen SUV Kompak.

Pelancaran model baharu juga mencatatkan momentum positif berterusan dalam tahun 2019. Honda
Malaysia berjaya merekodkan jualan keseluruhan lebih 22,000 unit bermula dari bulan Januari hingga Mac tahun ini. Rekod ini turut menyaksikan City menjadi model terlaris Honda Malaysia dalam tiga bulan pertama 2019, diikuti oleh HR-V dan CR-V.

Dengan prestasi yang membanggakan dalam suku pertama, Honda Malaysia optimis untuk kembali ke landasan tepat sekaligus mencapai sasaran yang ditetapkan pada 2019. Selain itu, syarikat terus memberi penekanan kepada Teknologi Masa Hadapan Termaju Honda yang berpaksikan tiga teras teknologi seperti Honda SENSING, VTEC Turbo dan Sport Hybrid i-DCD.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply