ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell Helix HX8 baharu dilancarkan

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan Shell Helix HX8 baharu, salah satu minyak enjin sintetik sepenuhnya yang premium bernilai tinggi di Malaysia. Menerusi Flexi Molecule Technology, Shell Helix HX8 melindungi enjin menerusi penyesuaian dengan setiap jenis gaya dan keadaan pemanduan.

Minyak ini menawarkan kawalan deposit dan kestabilan kelikatan suhu tinggi 58 peratus lebih baik, perlindungan hakisan 78 peratus lebih baik dalam keadaan pemanduan berhenti dan bergerak di bandar serta perlindungan kehausan 40 peratus lebih baik.

Hasilnya, pemilik kereta dapat menikmati jangka hayat enjin yang lebih lama dengan penjimatan bahan api yang dipertingkatkan, selang masa penukaran minyak hitam yang lebih panjang dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah.



JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Shell Helix HX8 yang baru boleh didapati dalam dua pilihan kelikatan untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia. Harga runcit yang disyorkan bagi pek 4 liter ialah RM165 (Semenanjung Malaysia) dan RM166 (Sabah dan Sarawak) bagi Shell Helix HX8 Synthetic 5W-40 dan RM180 (Semenanjung Malaysia) dan RM181 (Sabah dan Sarawak) bagi Shell Helix HX8 X 5W-30.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan menyatakan keyakinan beliau bahawa rakyat Malaysia akan menghargai kehebatan nilai Shell Helix HX8 yang baharu berbanding jenama lain di pasaran. Katanya, Shell Helix HX8 yang baharu menawarkan prestasi minyak enjin sintetik sepenuhnya yang premium agar para pemilik kereta boleh memberikan produk yang terbaik untuk kereta mereka tanpa kompromi.

JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Sempena meraikan pelancaran, sebanyak 888 pek Shell Helix HX8 yang baharu disediakan percuma untuk para pemilik kereta yang mendaftar secara dalam talian di www.shell.com.my/helix888. Tiada pembelian diperlukan dan pemenang bertuah akan menerima kod promo menerusi SMS.

Selain itu, pembelian Shell Helix HX8 melayakkan pengguna menyertai program kesetiaan Shell Advantage and Rewards (SHARE). Program ini menawarkan secara percuma minyak enjin Shell percuma untuk pembelian terkumpul dan Shell Helix Engine Warranty (SHEW) percuma untuk kereta berusia bawah 8 tahun dan jarak perbatuan tidak melebihi 150,000 km.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply