ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji

Foto Intipan

Views

Setelah sekian lama menanti, akhirnya dapat juga foto intipan unit ujian Proton Saga facelift yang sebenar menerusi rakan sekutu kami TheAjerul sebentar tadi. Dalam beberapa artikel terdahulu, kita hanya dapat melihat unit ‘keldai ujian’ model tersebut yang mungkin sedang menguji transmisi baharu.

Menurut info awal, Saga facelift bakal mendapat transmisi automatik baharu yang akan dibekalkan oleh Hyundai PowerTech bagi menggantikan unit CVT dari Punch. Selain itu, model ini akan mengalami beberapa perubahan kosmetik terutama sekali pada bahagian jeriji serta bampar depan dan juga belakang.

JOM BACA >> Yaris muncul di laman sesawang rasmi Toyota Malaysia – Bakal dilancar dalam masa terdekat?

Sudah pasti gaya rekaan pada bahagian jerijinya akan menampilkan elemen rekaan dari busur (Ethereal Bow) dan motif anyaman infiniti (Infinite Weave). Saga facelift juga akan mendapat rim aloi rekaan serba baharu dan antena jenis ‘sengat lebah’ (bee sting).

Di bahagian kabin, perubahan paling ketara adalah pada konsol tengah papan pemuka yang akan menampilkan unit infohiburan dengan skrin sentuh. Walaubagaimanapun unit infohiburan ini tidak dilengkapi dengan fungsi arahan suara.

JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya

Selain itu rekaan dan grafik pada panel meternya juga mengalami perubahan dan mempunyai satu skrin kecil berwarna untuk memaparkan pelbagai maklumat di bahagian tengah. Buat masa ini masih belum ada maklumat tambahan mengenai Saga facelift dan kami akan cuba mendapatkan lebih info lagi dari semasa ke semasa.

Nantikan!

JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari
JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancar 3 April?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply