ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda muncul pengeluar domestik pertama di Jepun tawar khidmat kontrak langganan secara dalam talian

Berita Tempatan

Views

Honda muncul pengeluar domestik pertama di Jepun yang menawarkan perkhidmatan jualan secara dalam talian bagi pelanggan tempatan.

Perkhidmatan yang dikenali Honda ON, kini ditawarkan untuk penduduk Tokyo secara kontrak langganan sebelum ianya diperluaskan ke seluruh negara.

Ia membolehkan pelanggan menyelesaikan keseluruhan proses secara dalam talian, dari perundingan sehingga kontrak.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Menerusi perkhidmatan ini, pelanggan boleh memilih kontrak sama ada tiga atau lima tahun untuk model seperti N-Box, Fit, Freed, atau Vezel (HR-V).

Mereka akan membayar yuran bulanan yang merangkumi kenderaan serta kos penyelenggaraan dan Honda akan turut menawarkan pilihan buat pelanggan untuk membeli kereta itu selepas kontrak tersebut tamat.

Semasa melanggan perkhidmatan ini, pelanggan boleh memilih mana-mana pengedar Honda untuk menyerahkan kereta mereka dan di mana penyelenggaraan mahu dilakukan.

Harga langganan bermula dari 31,060 yen (RM1,162) sebulan untuk model N-Box, Fit dari 42,550 yen (RM1,592), Freed dari 48,850 yen (RM1,829) dan Vezel dari 48,460 yen (RM1,813) termasuk cukai.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Pelanggan juga boleh menetapkan jadual pandu uji menerusi perkhidmatan Honda ON sekiranya mereka mahu mencuba kereta baharu sebelum membuat langganan.

Beberapa pengeluar telah memperkenalkan langganan model di pasaran berbeza di serata dunia, namun bukan semuanya berjaya.

Sebagai contoh, perkhidmatan ‘Care by Volvo’ ditawarkan oleh pengeluar dari Sweden itu sejak 2017 dan terus berkembang ke pasaran baharu.

Untuk perbandingan, Mercedes-Benz telah menamatkan perkhidmatan langganan pada pertengahan 2020 selepas hanya beberapa ratus orang sahaja yang melanggannya di Amerika Syarikat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply