ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda pamer Civic Type R Mugen Concept di Malaysia Autoshow

Berita Tempatan

Views

Buat julung kalinya Honda Malaysia membawakan model produksi Pacuan Roda Depan (FWD) Terpantas Di Dunia, Civic Type R dengan kit badan konsep Mugen ke bumi Malaysia. Ia bersempena dengan Malaysia Autoshow 2019 yang berlangsung mulai hari ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Selain itu beberapa model dengan Teknologi Generasi Akan Datang Termaju Honda turut dipamerkan selaras dengan tema acara tahun ini “Mobiliti untuk Semua”. Antara model yang turut dipamerkan di reruai Honda adalah, CR-V Mugen Concept, Jazz Mugen dan BR-V Special Edition (SE).



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Pengunjung juga boleh mengenali dengan lebih dekat lagi beberapa model yang baharu sahaja dilancarkan seperti HR-V RS dan HR-V Sport Hybrid i-DCD baharu. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia En. Toichi Ishiyama berkata, Malaysia Autoshow 2019 merupakan pentas terbaik untuk mereka mempamerkan teknologi yang paling canggih dan inovatif.

Civic Type R merupakan model yang paling menyerlah dalam barisan model keluaran Honda, yang menawarkan pakej terbaik dalam kelasnya kerana ia layak dijadikan sebagai jentera perlumbaan di litar selain mampu menjadi kenderaan untuk kegunaan harian di jalan raya Malaysia.

JOM BACA >> Daihatsu sedang persiapkan DN-Trec versi produksi – Adakah ia bakal calon pengganti Perodua Kembara?

Honda berusaha untuk memastikan semua modelnya memberi Kepuasan Memandu kepada para pelanggannya dengan ciri-ciri unik yang canggih dan reka bentuk yang bergaya. Antara senarai model yang dipamerkan di reruai Honda di Malaysia Autoshow 2019 termasuklah Civic Type R Mugen Concept, CR-V Mugen Concept, Jazz Mugen, BR-V Special Edition (SE), HR-V RS, HR-V Sport Hybrid i-DCD, Honda SENSING Cart dan Virtual Reality Sensory Experience.

Kunjungi reruai Honda di Hall A, MAEPS untuk melihat kesemua model ini secara lebih dekat lagi!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply