ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda perkenal HR-V/Vezel generasi baharu

Berita Global

Views

Honda hari ini secara rasminya memperkenalkan model crossover subkompak HR-V generasi baharu di Eropah dan juga di Jepun, yang mana ia dikenali sebagai Vezel. Ia menampilkan gaya reka bentuk ala Eropah yang lebih elegan, matang dan moden.

Menurut Honda, HR-V/Vezel generasi baharu diinspirasikan dari “gaya rekaan-coupe” dan sarat dengan teknologi terkini. Model ini bakal dilancarkan di Eropah pada penghujung 2021 dan hanya ditawarkan dengan satu penjana sahaja, iaitu hibrid. Ini bermakna, ia tidak lagi ditawarkan dengan pilihan enjin petrol dan diesel.

Belum dapat dipastikan sama ada HR-V akan masuk ke pasaran di Amerika Utara, kerana Honda sebelum ini telah mengesahkan bahawa akan ada model yang berbeza “yang direka untuk memenuhi citarasa pelanggan di Amerika Syarikat yang akan berbeza dengan HR-V/Vezel di negara lain”.

Walaubagaimanapun, ia akan hadir sebagai model tahun 2022. Model dengan spesifikasi global menampilkan wajah HR-V yang lebih ringkas, dengan jeriji bersaiz besar bersama jejalur melintang. Ia nampak seimbang dan sesuai apabila digabungkan dengan bampar dan lampu depan yang lebih leper.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Sekilas pandang, anda mungkin akan menganggapnya sebagai salah satu daripada ahli keluarga Mazda atau MG. Profil badannya kini lebih sporty dengan garis bumbung yang lebih tirus ke belakang yang bersang dengan spoiler bumbung.

Salah satu elemen rekaan yang masih dikekalkan dari model terdahulu adalah pemegang pintu belakang yang ‘menyorok’ di tiang-C. Di belakang, rekaan lampunya juga lebih nipis dan bersambung dengan jalur lampu di bahagian atas yang hanya dipisahkan dengan logo “H”.

Tempat letak nombor plat juga telah diturunkan ke bawah, manakala pemantul cahaya telah diposisikan semula pada bahagian diffuser bampar belakang. Rim aloi dengan rekaan lima jejari berkembar dan pelapik plastik pada lengkung tayar dan juga bahagian bawah melengkapi gaya lasak sebuah crossover.

Apa yang menarik, untuk versi JDM Vezel, ia turut ditawarkan dengan warna luaran dwitona. Ke bahagian kabin, reka bentuk dan susun atur papan pemukanya kini lebih ringkas dan kemas. Ia kelihatan seperti ruang kabin model Mazda yang nampak minimalis namun masih menyerlahkan gaya yang elegan.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Segala tombol, butang kawalan dan juga skrin unit infohiburan terletak dalam posisi yang cukup baik dan teratur. Secara visual, papan pemuka model HR-V/Vezel generasi baharu nampak lebih lapang dan lebar. Sterengnya juga kini nampak lebih sporty dan upholsteri separa kulit memberikan gaya mewah di dalam kabin.

Kemasan krom di beberapa bahagian tertentu pula menambahkan lagi seri ruang dalamannya. Dari segi keselamatan, Honda menawarkan beberapa ciri bantuan pemandu, antaranya brek hindar kemalangan, sokongan kekal lorong, kawalan jelajah adaptif, pengecaman papan tanda trafik, informasi titik buta, sistem kamera pelbagai-pandangan dan kawalan gelongsor.

Model Vezel di Jepun akan dikuasakan oleh enjin petrol 1.5-liter DOHC i-VTEC yang digandingkan dengan transmisi CVT, manakala sistem hibrid cas-sendiri yang menampilkan “pacuan semua roda masa-nyata” melengkapi barisan model tersebut buat masa ini.

Di Eropah, HR-V akan dikuasakan dengan penjana hibrid dwi-motor sebagai ciri standard yang melengkapi e:HEV. Butiran lanjut mengenai barisan penjana, dimensi, tahap perkakasan dan harga untuk model pasaran Eropah hanya akan diumumkan kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply