ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda RS-X dilancarkan, harga RM8,688

Berita Tempatan

Views

Setelah sekian lama diuji, akhirnya kapcai yang paling dinanti-nantikan telah tiba! Boon Siew Honda malam ini telah melancarkan Honda RS-X secara rasmi di Malaysia.

Model yang turut dikenali dengan nama Honda Winner X di pasaran lain seperti di Vietnam itu bakal menjadi seteru utama pada Yamaha Y16ZR.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Harga yang ditawarkan untuk model ini adalah RM8,688 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan yuran pendaftaran).

Tiga pilihan warna ditawarkan, iaitu Trico Edition, Candy Carribean Blue Sea dan Lemon Ice Yellow. RS-X didatangkan dengan waranti selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,00km (mana-mana terdahulu).

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Motosikal ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 150cc DOHC empat lejang sejukan cecair yang mampu menjana 15.8 kuasa kuda pada 9,000rpm dan 13.6Nm daya kilas pada 7,000rpm.

Enjin ini yang menepati piawaian Euro 4 ini digandingkan bersama transmisi enam-kelajuan dengan cekam jenis basah. Dari segi keselamatan, RS-X dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) saluran tunggal.

Dari segi reka bentuk, ia menampilkan gaya yang sporty dan moden dengan lampu utama jenis LED berkembar. Selain itu, antara ciri-ciri menarik RS-X adalan paparan meter jenis digital, pembuka tempat duduk dan rekaan peredam (muffler) yang ranggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply