Sekali lagi kelibat unit ujian Honda Winner X (Honda RS150R V3) telah berjaya dikesan oleh orang awam baru-baru ini, sekaligus menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan model moped tersebut bakal dilancarkan ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Kali ini, unit ujian tersebut telah dirakam dari arah depan dan ia masih menggunakan nombor plat dagang yang sama dengan foto intip terdahulu, .
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
Besar kemungkinan sesi tunggang uji model tersebut dibuat sekitar Pulau Pinang, memandangkan kilang Honda juga terletak di sana. Menurut beberapa sumber dari rakan media Arena Motosikal, Honda Winner X dijangka bakal dilancarkan di pasaran Malaysia dalam bulan Jun atau Julai tahun ini.
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
Model ini juga disebut-sebut sebagai model pengganti Honda RS150R V2 yang ketika ini masih berada di pasaran Malaysia, pada harga di bawah RM8k sahaja. Di Vietnam, Winner X telah dilancarkan pada bulan Julai 2019 dan dikuasakan oleh silinder tunggal PGM-FI DOHC bersesaran 149.1 cc yang mampu menjana kuasa maksima 15.4 hp pada 9,000 rpm dengan daya kilas maksima 13.5 Nm pada 6,500 rpm.
Ia dipadankan pula dengan transmisi 6-kelajuan. Winner X juga merupakan kapcai yang pertama di Vietnam yang dilengkapi dengan fungsi Brek Anti-Kunci (ABS). Varian tanpa ABS turut ditawarkan dan di Vietnam dan secara keseluruhan, ia ditawarkan dengan 3 pilihan varian di negara tersebut.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
KOMEN TERKINI