ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda SUV RS Concept beri gambaran awal ZR-V, buat penampilan di GIIAS 2021

Berita Global

Views

Setelah beberapa ‘sesi mengacah warganet‘ di media sosial, Honda akhirnya telah memperkenalkan SUV RS Concept sempena Gaikindo Indonesia International Auto Show 2021, semalam. Model konsep ini memberi gambaran awal model SUV kompak ZR-V untuk pasaran Indonesia dan juga rantau ASEAN.

Selain memberi gambaran awal ZR-V generasi baharu, nama SUV RS Concept seolah-olah memberi petanda yang model ini bakal menjadi SUV pertama mereka yang membawa lencana RS.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Seperti yang kita tahu, RS bukanlah Type R, namun ia mungkin ditawarkan dengan lebih kuasa dan tetapan suspensi atau stereng bersama elemen reka bentuk sporty.

Dari segi reka bentuk, ia membawa beberapa elemen rekaan  dari model HR-V dan juga BR-V generasi baharu. Ia menampilkan rekaan lampu depan jenis LED yang aggresif bergabung dengan jeriji, bersama rekaan bampar yang garang.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Rekaan belakangnya pula juga unik dengan penggunaan jejalur lampu LED yang bersambung dengan kemasan gelap. Besar kemungkinan beberapa elemen reka bentuk pada model konsep ini akan dibawa pada model produksinya nanti.

Buat masa ini Honda tidak memberikan maklumat terperinci mengenai spesifikasi enjinnya, dan ia mungkin berkongsi enjin yang sama dengan BR-V. Versi hibrid juga mungkin dipertimbangkan, memandangkan pesaing kuatnya, iaitu Toyota Raize / Daihatsu Rocky turut menawarkan versi tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply