ARKIB

KATEGORI

Buletin

MASAAM hargai usaha Kerajaan untuk membantu mangsa banjir

Berita Tempatan

Views

MASAAM menerusi satu kenyataan memaklumkan, mereka dan ahli-ahlinya amat menghargai usaha Kerajaan Malaysia untuk menyediakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang komprehensif bagi meringankan beban golongan yang terjejas akibat banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Antara inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Malaysia adalah Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia yang bernilai sehingga RM1,000 kepada warganegara yang layak bagi membaikpulih kenderaan yang rosak akibat banjir termasuklah motosikal.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Bagi memanfaatkan baucar diskaun tersebut, pemilik kenderaan boleh berhubung terus dengan pusat servis atau pengedar yang sah yang mengikuti program ini tertakluk kepada terma dan syarat.

Berikut adalah maklumat syarikat automotif (bagi motosikal dan skuter) yang terlibat dalam program tersebut:

Syarikat Laman Sesawang
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd https://www.yamaha-motor.com.my
Boon Siew Honda Sdn Bhd https://boonsiewhonda.com.my/
Motosikal Dan Enjin Nasional  Sdn. Bhd. (MODENAS) https://www.modenas.my/
Mofaz Motorsikal Sdn Bhd https://mofaz.com/mofaz-motosikal/
KMSB Motors Sdn Bhd.  

(Suzuki) 

https://www.suzuki.com.my

Tarikh akhir tuntutan inisiatif baucar ini adalah sehingga 31 Mac 2022 dan pemilik kenderaan dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis atau pengedar sah yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

MASAAM berharap dengan pemberian insiatif ini dapat memberikan sedikit sebanyak kelegaan buat semua rakyat Malaysia yang terkesan akibat bencana banjir ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Daie Daikl

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply