ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hospital Sungai Buloh terima sumbangan bekalan perubatan tambahan daripada Perodua

Berita Tempatan

Views

Perodua telah menyumbang bekalan perubatan tambahan bernilai RM80,000 kepada Hospital Sungai Buloh sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat kereta nasional kedua ini dalam menyokong institusi awam utama di seluruh negara.

Bekalan perubatan itu merangkumi 5,000 pelindung muka, kerusi roda yang dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan, kerusi tandas duduk, papan pemindahan, rel katil, kerusi pemulihan, rangka bantu berjalan, tongkat dan meja miring terapi.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, bekalan yang disumbangkan adalah berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh pasukan pentadbiran hospital untuk membantu menjaga keselamatan para kakitangan dan memberi keselesaan kepada pesakit mereka.

5,000 pelindung muka yang disumbangkan oleh Perodua kepada Hospital Sungai Buloh dihasilkan oleh syarikat bersekutunya, meningkatkan jumlah pelindung muka yang telah disumbangkan oleh pengeluar kenderaan tersebut kepada pelbagai organisasi di Malaysia, kepada 35,000 unit.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Sebelum ini, pelindung muka tersebut turut diagihkan ke sekolah-sekolah, klinik-klinik, pejabat-pejabat kerajaan dan majlis tempatan serta para penjaja di kawasan sekitar. Pelindung muka tersebut mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum.

Kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air manakala jalur elastik boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada tahun lalu, Perodua telah menyumbang 150 tilam, 200 bantal, 105 kotak air mineral, 15 kipas industri dan 300 pasang kasut getah kepada Hospital Sungai Buloh.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply