ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua sumbang RM2 juta untuk Tabung COVID-19

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menerima sumbangan daripada lima syarikat bernilai RM5.6 juta untuk Tabung COVID-19, hari ini.

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?

Lima syarikat tersebut ialah Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), diwakili oleh Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, YBhg. Datuk Zainal Abidin Ahmad yang dengan sumbangan tunai bernilai RM2 juta.

Pada 30 Mac lalu, Perodua telah menyumbangkan 150 unit tilam, 200 unit bantal, 105 kotak air mineral, 15 kipas industri dan 250 pasang kasut getah kepada Hospital Sungai Buloh. Menurut Zainal, sumbangan bekalan dan tunai oleh Perodua ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk membantu Malaysia pulih secepat mungkin.

JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris

Selain Perodua, beberapa syarikat lain turut menyampaikan sumbangan hari ini, antaranya Sapura Holdings Sdn Bhd, 99 Speed Mart Sdn Bhd dan Kumpulan Perbankan RHB yang masing-masing menyumbang RM1 juta. Selain itu Kwong Wah Yit Poh Press Bhd menyumbang sebanyak RM600,000, manakala Mah Sing Group pula menyumbangkan 20 unit ventilator bernilai RM3.9 juta.

Ini menjadikan jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM19.52 juta. Bagi barangan pula, nilai sumbangan terkumpul adalah berjumlah RM24.9 juta. Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

* Foto kredit Facebook Muhyiddin Yassin dan Perodua

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply