Menerusi satu hantaran di laman Facebook Works Engineering, pengeluar komponen prestasi itu telah memberikan satu khabar gembira buat para pemilik Proton X50. Works Engineering mengumumkan yang mereka bakal membangunkan komponen prestasi untuk SUV berkenaan dan ia akan ditala pada varian Executive.
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!
Selain itu, pelumba pasukan Proton R3, Farique Hairuman atau ‘Wak Tempe’ turut diperkenalkan sebagai duta jenama tersebut. Pada tahun 2011 syarikat berkenaan pernah menghasilkan kereta Projek Satria Neo dan Prevé serta melancarkan beberapa siri produk.
JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?
Kini tiba giliran X50 varian Executive bakal menjadi kereta projek syarikat berkenaan dalam masa terdekat. Model yang dijana oleh enjin 1.5 liter tiga-silinder turbo menggunakan sistem suntikan bahan api pelbagai titik (MPI) itu mampu menghasilkan 147 kuasa kuda dan daya kilas maksima 226 Nm.
Kita nantikan perkembangan seterusnya projek X50 Works Engineering dari semasa ke semasa!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Works Engineering
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
KOMEN TERKINI