ARKIB

KATEGORI

Buletin

Operasi Stellantis Malaysia bermula 1 Mac 2024, bakal lancarkan Peugeot 408 dan Landtrek CKD

Berita Tempatan

Views

Stellantis N.V. (Stellantis) mengumumkan bahawa Syarikat Jualan Nasional Stellantis Malaysia (Stellantis Malaysia) telah mula beroperasi secara rasmi pada 1 Mac 2024.

Stellantis Malaysia akan menjadi entiti rasmi organisasi yang mengarahkan dan mengurus pemasaran, jualan, pengedaran dan selepas jualan di Malaysia.

Langkah strategik ini menandakan strategi perniagaan baharu, yang merupakan sebahagian daripada cita-cita pertumbuhan Stellantis di rantau ASEAN, sejajar dengan rancangan elektrifikasinya dan strategi Global Dare Forward 2030.

Menurut Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais, keutamaan mereka adalah serampang empat mata – mempercepatkan pertumbuhan pasaran, mengembangkan portfolio produk, mewujudkan peluang pengedar baharu di seluruh negara, dan seterusnya menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Stellantis Malaysia kini merupakan prinsipal jenama, menggantikan Bermaz Auto yang merupakan mantan pengedar untuk jenama Peugeot di Malaysia.

Selain Peugeot, Stellantis juga mendedahkan barisan kenderaan masa depan yang bakal dibawa masuk melalui Stellantis Malaysia semasa acara ‘Hari Pelabur‘ yang berlangsung baru-baru ini.

Ini termasuklah Peugeot 408 serba baharu yang dijangka dilancarkan pada suku kedua (Q2) 2024, dan Peugeot Landtrek pemasangan tempatan (CKD).

Selain itu, beberapa model daripada jenama lain di bawah portfolio Stellantis turut dipamerkan pada acara tersebut, antaranya Citroën C3 Aircross, Alfa Romeo Tonale MHEV dan Jeep Wrangler.

Stellantis juga akan memaksimumkan kilangnya di Gurun, Kedah sebagai hab pembuatan serantau untuk mengeluarkan kenderaan yang dikeluarkan secara tempatan untuk rakyat Malaysia dan untuk pasaran eksport di rantau ASEAN.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dengan pelaburan lebih RM2 bilion (€400 juta), Stellantis memperkenalkan pelantar modular STLA Medium, yang direka bentuk untuk membolehkan pengeluaran kenderaan berbilang tenaga (BEV, ICE, MHEV).

Ini sekali gus membuka jalan kepada kereta keluaran tempatan dari jenama Stellantis seperti Jeep dan Citroën di kilang Gurun.

Pusat Panggilan sehenti juga telah ditubuhkan bagi menyokong pemilik kenderaan Peugeot, DS dan Citroën di Malaysia.

Ia menawarkan khidmat sokongan pelanggan berpusat berkaitan jualan dan selepas jualan, menangani maklum balas dan aduan, serta menyediakan bantuan tepi jalan 24/7 untuk kes kemalangan dan kerosakan.

Pelanggan boleh menghubungi talian Bebas Tol 1800-18-STLA (7852) atau e-mel kepada [email protected].

Waktu operasi untuk semua pertanyaan am ke pusat panggilan adalah dari Isnin hingga Ahad, 8:45 pagi hingga 5:45 petang, manakala bantuan di tepi jalan akan beroperasi 24/7.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply