Xiaomi Auto mengumumkan bahawa model prototaip Xiaomi SU7 Ultra telah berjaya mencatat masa sepusingan 6:46.874 di Nürburgring Nordschleife, sekali gus menjadikannya kereta empat pintu terpantas di dunia di litar tersebut.
Rekod tersebut telah berjaya dicatatkan pada 24 Oktober lalu dan jentera ini dipandu oleh David Pittard yang telah memenangi perlumbaan 24 Hours of the Nürburgring 2023.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Lei Jun berkata, permulaan debutnya bukan sahaja menandakan pencapaian cemerlang, malah juga permulaan lembaran baharu yang menarik.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Prototaip SU7 Ultra pertama kali diumumkan semasa ucapan tahunan Lei Jun pada bulan Julai lalu. Beliau menyifatkan ia sebagai versi sedan SU7 yang sedia trek dan berprestasi tinggi.
Xiaomi telah melancarkan kereta elektrik pertamanya, SU7 pada 28 Mac lalu. Ia menawarkan tiga versi iaitu Standard, Pro dan Max, dengan harga bermula daripada 215,900 yuan (RM132,128) hingga 299,900 yuan (RM183,531).
Versi pengeluaran SU7 Ultra dijangka berharga kira-kira 800,000 yuan (RM489,580). Model prototaip SU7 Ultra dipacu oleh motor elektrik V8s Xiaomi yang menjana 1,526 kuasa kuda pada 27,200 rpm.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Ia mencapai 100 km/j dalam masa hanya 1.97 saat dan 200 km/j dalam masa kurang dari enam saat, dengan kelajuan tertinggi melebihi 350 km/j. Berat kenderaan tanpa muatan pula adalah 1,900 kg.
Xiaomi akan mendedahkan lebih lanjut mengenai versi pengeluaran SU7 Ultra, yang akan dilancarkan pada separuh pertama 2025.
Menurut Lei, model pengeluaran akan mengekalkan struktur teras prototaip, dengan tiga motor elektik dan konfigurasi bateri.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI