ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai bakal ambil-alih Fiat Chrysler Automobiles (FCA)?

Views

Desas-desus semakin kuat mengatakan gergasi permotoran dari Korea Selatan, Hyundai dilaporkan kini sedang mengintai peluang untuk membeli keseluruhan syarikat Fiat Chrysler Automobiles (FCA). Ia bakal menyaksikan pengeluar kenderaan dari Itali-Amerika itu dijual sebelum Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sergio Marchionne bersara tahun hadapan.

Bercakap kepada Asia Times, sumber yang tidak dinyatakan namanya itu berkata, Hyundai kini menanti saham FCA jatuh terlebih dahulu sebelum “melancarkan bidaan pengambilalihan” bermula musim panas ini. Asia Times turut melaporkan, aktivis dana lindung nilai Elliott Management, yang mempunyai lebih dari pelaburan lebih dari 1 bilion Dolar Amerika dalam Hyundai Motor Company, Kia Motors, dan bahagian alat ganti Hyundai, Mobis sedang memacu perjanjian itu.

Pada bula April, presiden Elliott, Paul Singer memberi tekanan kepada Hyundai untuk bergabung dengan Mobis dan menuntutnya membayar para pelabur lebih 10 bilion Dolar Amerika dalam bentuk “lebihan tunai”. Bloomberg turut melaporkan pada bulan Disember 2017 yang FCA dan Hyundai mula mengadakan perbincangan untuk bekerjasama membangunkan enjin sel bahan api hidrogen dan transmisi. Walau bagaimanapun, semasa Marchionne berkata beliau nampak “potensi usahasama teknikal dengan Hyundai”, beliau menolak kemungkinan rundingan penggabungan dua pembuat kereta itu.

Marchionne yang akan melepaskan jawatan pada April 2019, di mesyuarat pelabur tahunan FCA telah mencuba untuk mendapatkan pembeli segera syarikat tersebut setelah tawaran awam permulaan yang suram pada bulan Oktober 2014. Beliau telah memisahkan Ferrari sebagai syarikat yang bebas kepada entiti yang diterajui FCA pada tahun 2015. Beliau ‘mengejar’ General Motors dengan menghantar e-mel kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Mary Barra pada Mac 2015 dan mengatakan kedua-dua pengeluar kereta itu mampu menjana lebih 5 bilion Dolar Amerika setahun.

Beliau menafikan ‘mengejar’ Kumpulan Volkswagen pada tahun 2014 dan 2017 walaupun telah menerbitkan cadangan pelabur pada bulan April 2015 yang menyeru pembuat kereta dunia untuk bergabung dan berkongsi kos. Sehingga Ogos lalu, pembuat kereta China, Great Wall turut mempertimbangkan cadangan untuk membeli Jeep.

Hyundai yang sudah cukup dengan aliran tunai untuk memulakan jenama mewah Genesis, dan ia berkemungkinan mampu untuk membeli FCA. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut dalam proses penyusunan semula dalaman dan mahukan CEO syarikat milik keluarga, Chung Mong-koo, yang berusia 80 tahun untuk meletak jawatan. Buat masa ini, Hyundai dan FCA enggan memberi komen mengenai perkara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply