ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai dan Kia panggil balik 1.3 juta unit kenderaan di Amerika Syarikat

Views

Penyakit memanggil balik kenderaan kini mula menjangkiti gergasi automotif Korea Selatan, Hyundai dan Kia. Terkini, kedua-dua konglomerat ini kini sedang memanggil balik beberapa model keluaran mereka di Amerika Syarikat yang bakal meleburkan wang mereka sehingga ratusan juta Dollar. Reuters pula melaporkan, hampir 1.3 juta unit kenderaan terlibat dalam kempen keselamatan tersebut.

Antara model yang terkesan dengan panggilan balik ini adalah Kia Optima, Sorento dan Sportage, Hyundai Sonata dan Santa Fe, yang disyaki mempunyai serpihan logam di dalam aci engkol (crankshaft) yang mungkin mengakibatkan kerosakan serius kepada komponen tersebut sehingga memungkinkan enjin terhenti secara tiba tiba.

Isu ini turut terjadi di Korea Selatan sehingga Hyundai dan Kia memutuskan untuk memanggil balik 171,348 juta unit kenderaan yang turut berpunca daripada masalah yang sama. Menurut laporan dari Kementerian Pengangkutan Korea Selatan, antara yang turut terlibat dalam panggilan balik di sana adalah Kia K5, K7 dan Sportage, Hyundai Sonata dan Grandeur, kesemuanya dikuasakan oleh enjin petrol 2.0-liter atau 2.4-liter Theta 2, yang dikeluarkan sebelum bulan Ogos 2013.

Laporan itu juga menambah, panggilan balik yang terkini juga sama dengan apa yang telah diumumkan pada 2015, yang menyebabkan hampir setengah juta unit Sonata dipanggil balik di Amerika Syarikat dan Korea Selatan untuk menggantikan bahagian enjin yang rosak. Walaubagaimanapun, kedua-dua syarikat menafikan laporan tersebut dalam satu kenyataan media yang menyebut, panggilan balik itu berkaitan dengan masalah proses pembuatan, bukan masalah struktur enjin Theta 2 GDi dan syarikat telah menyelesaikan penambahbaikan menerusi langkah yang sesuai.

Setelah kempen keselamatan bermula pada 22 Mei di Korea, peniaga dijangka menggantikan enjin rosak dengan yang baharu, selepas pemeriksaan dilakukan. Adakah kempen ini turut melibatkan model model yang telah terjual di Malaysia? Kami akan cuba mendapatkan maklum balas daripada pihak yang berkaitan dalam masa terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Hyundai Sonata 2013

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • Pelaburan di US memang memperuntukan kos yang tinggi.. Jarang kita dengar kereta buatan US dipanggil balik di US.. Kereta eropah yang dipasarkan di US juga terlalu banyak dipanggil balik..

Leave a Reply