ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton mahu dana tambahan dari kerajaan, Geely kini kembali membida

Views

Kami pasti berita ini bakal dijadikan peluru modal politik dan akan menambahkan lagi amarah rakyat kepada Proton. Ketika sinetron kisah pencarian Rakan Strategik Asing Proton dikatakan hampir ke penghujung, tiba tiba laporan dari the Edge Markets.com mengatakan pengeluar automotif negara tersebut kini sedang meminta dana tambahan dari kerajaan. Jika sebelum ini pinjaman mudah bernilai RM1.25 bilion telah diluluskan oleh kerajaan untuk membayar hutang Proton kepada vendor, dana tambahan sekitar RM1.5 bilion dan RM1.8 bilion pula dikatakan untuk menampung kerugian operasi mereka.

Disebabkan jualan Proton yang semakin merudum, syarikat tersebut menjangkakan kerugian besar bakal dialami dalam tahun kewangan 2017, berdasarkan kerugian bersih RM1.426 bilion pada tahun kewangan 2016 yang berakhir pada 31 Mac lalu. Terdapat tekanan yang semakin meningkat untuk Proton mendapatkan Rakan Strategik Asing yang boleh membantu menyuntik lebih ekuiti dan memulihkan syarikat tersebut, namun kini dikatakan proses bidaan mula kelihatan renggang.

Lawatan Presiden Perancis, Francois Hollande baru baru ini juga tiada kaitan dengan pakatan strategik Groupe PSA dengan Proton. Ini sekaligus menimbulkan spekulasi pengeluar kereta dari Perancis itu telah hilang selera dengan Proton walaupun lawatan ketua negara Perancis tersebut secara kebetulan berlaku selepas seminggu Presiden Geely Automobile Holdings, An Conghui memberitahu South China Morning Post yang mereka telah menarik diri dari bidaan tersebut.

Geely-GC9-2

Foto hiasan

PSA bakal menjadikan Proton sebahagian daripada strategi pengembangan globalnya di bawah kepimpinan Carlos Tavares, yang mahukan tapak yang kukuh di pasaran Asean. Namun sumber memaklumkan, PSA kini sudah kurang berminat untuk menggunakan Proton untuk melaksanakan strategi tersebut dan mungkin akan meneroka alternatif lain yang kurang gangguan politik.

Ramai pemerhati berharap pengambilalihan Proton oleh Geely bakal mengikut jejak pengambilalihan Volvo dari Ford Motor pada 2010 di mana Geely memberi kebebasan kepada Volvo untuk beroperasi dan paling penting mengurangkan pemberhentian pekerja. Tetapi, situasinya berbeza dengan Volvo, kerana pada Geely (dan PSA), hanya beranggapan nilai Proton bukan terletak pada modal insan. Geely dan PSA mempunyai akses kepada teknologi dan kepakaran yang lebih unggul, dan mereka hanya menganggap Proton sebagai pembuka jalan untuk menembusi pasaran Asean yang semakin berkembang.

Ura ura mengenai pilihanraya umum yang dikatakan semakin hampir juga, memberi tekanan politik supaya menutup sebarang cerita mengenai pemberhentian pekerja di Proton. Situasi yang sama juga berlaku dalam ekosistem vendor Proton yang bakal menghadapi tentangan politik yang kuat. Proton kini mempunyai 12,000 kakitangan manakala vendor pula menggajikan 50,000 lagi tenaga kerja. Isu lain yang berbangkit adalah siapa yang akan mengawal pengurusan di Proton. Geely dan PSA sudah pasti tidak akan berminat untuk membida kepentingan Proton jika mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawalnya.

2017-pEUGEOT-5008-1

Foto hiasan

Jika ini berlaku, kerajaan perlu mengambil kira kos yang bakal ditanggung oleh Proton sekiranya pencarian Rakan Strategik Asing menemui jalan buntu. Jika Proton berterusan mencatatkan kerugian, ia bakal menjadikan kerajaan sebagai pemilik saham majoriti dalam Proton sekiranya pinjaman mudah bernilai RM1.25 bilion tersebut gagal dilunaskan. Jualan Proton juga tidak mencatatkan peningkatan walaupun melancarkan tiga model baharu – Perdana, Persona dan Saga.

Dalam dua bulan pertama tahun ini, Proton hanya menjual sebanyak 13,306 unit kenderaan, memberikan mereka hanya 15.3 peratus bahagian pasaran. Ini sekaligus memberi isyarat jelas, pemulihan jenama tersebut telah menemui kegagalan. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi rundingan bersama Geely dan PSA untuk dimuktamadkan, dan siapakah antara mereka berjaya dalam bidaan tersebut? Sediakan bertih jagung anda untuk episod seterusnya, tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

Geely-logo-2014-2560x1440 PSA - Opel - Vauxhalllogo baru proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

17 Comments


  • Macam ada udang disebalik batu. Persoalannya siapa bakal jadi hero malaya ni? Kerajaan? Atau FSP? Kerajaan bagi RM1.5 billion dan selamatkan periuk nasi pekerja ATAU Geely/PSA beli saham majoriti Proton sekaligus kurangkan pekerja? Masih ditakuk lama jadi jaguh kampung ATAU jadi global player? Hmm


  • Saya ni penyokong proton.. Tp bila bace artikel ni.. Nak tambah pinjam lagi… It’s too much already.. Duit tu please la focus dekat tempat lain.


  • Sejak Proton dijual sepenuhnya kepada DRB pada 2012, graf prestasi dan reputasi Proton terus menjunam tajam. DRB sebagai pemilik tak buat perkara yang sepatutnya untuk Proton; tiada pelan jangka pendek dan panjang.
    Insentif geran tak dapat beri manfaat semula kepada rakyat/pengguna – kereta masih mahal, teknologi masih lapuk. Ego kekal tebal, mentaliti tak kompetetif, buat kereta syok sendiri – rekaan global tapi pasaran domestik pun jauh ketinggalan. Bila rugi kerajaan tampung atas alasan ‘maruah negara’ dan kebergantungan ribuan pekerja.

    Kalau tak mampu lagi, tutup sahaja – jangan sombong atas nama maruah.


  • Inilah akibat kerana menganiaya org dgn bg produk inferior selama ni.doa org teraniaya makbul.jadi staf proton kene muhasabah diri yer..


    • dalam malaysia ni kebanyakan industri/sukan yang ada politik yang control memang jahanam. cth takraw, bola sepak, badminton, proton, mas, dll


  • Pengalaman guna proton…(beli Baru)
    Iswara….Hampir tiada masalah
    Wira…..Tetipa engin Mati masa drive
    Waja…….Juga Hampir tiada masalah kecuali power window
    Exora…..Teruk….Minggu pertama guna dh kn…cat badan tk sekata….berjalur…..Check engine nyala…Radiator fan jahanam…. Thermal sensor air-con rosak…..abs brake Kong…..dan last sump oil cover crack….Dh ckup….Brapa masa yg habis kt SC centre???
    Laa guna Toyota…..Peace of mind……


  • Proton jadi bala dan menemu celaka kerana sikap Tun M. Jgn nafikan punca Proton rosak teruk dan modal insan dalamannya jatuh hina dek kerana kesombongan Tun M membesarkan Proton. Ya memang Tun berjasa dari segi melahirkan Proton tapi Tun juga merosakkan dan menggagalkan Proton. Proton adalah ‘Sazali’ bagi Mahathir.

    Proton dilindungi terlampau teruk dari awal penubuhannya sehingga berpuluh tahun sehingga Proton tumbuh secara tak sihat. Tun menghalalkan matlamat dengan vendor dan politik kotor diamalkan dalam pengurusan Proton.

    Proton gagal bukan salah Najib atau Pak Lah. Kedua PM ini cuba dewasakan Proton cara sihat dan tumbuh mengikut kehendak pasaran. Malang, DRB terus gagal memahami sakit Proton. Mereka tak ubati Proton dari dalam. Hanya kosmetik.

    ‘Cash king’ tinggi konon sehingga boleh bina kilang Tanjung Malim itu adalah cerita ‘indah’ yang dijaja, tapi punca sebenar hasil cash king Proton adalah untung hasil peras ugut rakyat dgn jual kerera mahal kualiti mcm tong sampah dan rakyat disekat beli kereta luar dgn harga sepatutnya.

    Kerajaan kini pasti dalam keadaan serba salah juga. Antara legasi nostalgia berslogankan ‘maruah’ atau pembaziran dana lagi serta cemuhan tekanan kutukan politik gila yg boleh jadi ancaman lain.

    Proton kekal ego bodoh sombong hingga boleh bangkrap jika kerajaan masih terus ‘sayang’, dan terkenang cerita ‘maruah’. Tidak ada maruah bg entiti yg bodoh sombong ego dgn kegagalan.

    Kerajaan jgn lagi terus menyuntik dana, Proton harus dilepaskan hidup secara semulajadi. Proton harus terima kenyataan mereka akn berakhir. Jika mereka gagal hidup secara semulajadi. Sampai masa untuk Proton mungkin perlu dijual maka jual lah. Tiada siapa lagi boleh salahkan kerajaan, peluang telah diberi sgt byk… tamatlah sudah.

    Sedih tp apa boleh buat. Padanlah dgn keangkuhan warga Proton sendiri…
    Wallahualam


    • Ye aku setuju. Proton sangat angkuh. Mereka rasa mereka yang terbaik. Kalau setakat jual domestik sahaja, tak perlu belanja untuk perlumbaan rally, tak perlu keluarkan sehingga 3-4 buah model dalam segmen yang sama (Wira, Waja, Persona, Gen2, Satria). Cukuplah satu model untuk satu segmen. Vendor2 yang teruk tak sepatutnya dilindungi lagi.. Vendor yang teruk meyebabkan jenama Proton teruk. Spesifikasi Proton sendiri boleh dikatakan setanding dengan jenama dari Jepun dan Korea.


    • kalau diperhatikan banyak perancangan dan statement dari Proton ni syiok sendiri dan over-optimistic….indah khabar dari rupa…
      Preve – konsep Italdesign, di’improvekan’ oleh Team AzlanO, dilabel sebagai global sedan…dan masih tak ada facelift selepas lebih 5 tahun
      Iriz – sekali lagi konsep Italdesign, sekali lagi di’improvekan’ oleh Team AzlanO, dilabel sebagai ‘MyVi killer’, Global Small Car…dicanang 17ribu tempahan sebelum pelancaran rasmi…sekarang,model subsidi kerajaan untuk Uber/Grabcar
      Perdana – diasaskan dari outdated Accord, di’olah’ oleh Team Azlano, diinspirasi dari Jaguar, ‘vendor kami kata WoW’…tapi akhirnya warna rear diffuser tak dapat nak decide dengan betul.
      bila produk dah keluar, nak market dipasaran Asia Tenggara dan negara dunia ke-3 pun tak mampu…

      Peluang terbaik untuk majukan Proton datang pada tahun 2007; Volkwagen berminat, tapi Proton masih dengan keyakinan tinggi akan survive tapi tanpa ada perancangan dan analisis yang betul. Kini selepas 10 tahun masih mencari pembeli atas nama ‘Rakan Kongsi Strategik’. Sekarang ni jenama Proton dah tak ada selling point, setiap tahun catat rugi…anak emas a.k.a Lotus masih jauh dari liga Ferrari dan Lamborghini.

      Dua kilang besar, berpuluh ribu pekerja, dan vendor tak terkira…..tapi jualan bulanan tak sepadan dengan kapasiti….bila ramai bagi pendangan, dilabel ‘haters’…bila sales tak bagus, alasannya rakyat tak patriotik, perlindungan pasaran tak cukup, bank susah bagi loan..

      aku harap ada yang sudi beli Proton, sebab Proton perlu survive untuk bayar hutangnya pada pembayar cukai.


      • Harap statement ni dibaca oleh pengurus tertinggi Proton. Editor boleh copy dan forward statement ni ke email pengurusan tertinggi Proton. Jauh di hati rakyat Malaysia ingin terus melihat Proton berjaya. Tetapi apa dah jadi.. asyik minta tunai dari kerajaan. Rakyat dapat BR1M dapat RM300- RM350 untuk setiap agihan. Proton pula senang-senang nak minta RM1.8billion.. Ntah bayar ke tak.. Perodua ok je? Perodua tak perlu buat team rally. Dapat survive tanpa perlu soft loan bailout semua..


    • Ya. Proton Angkuh, sombong, tak hargai pembeli. My wife di mufliskan Proton dgn tipu daya. Mereka rasa mereka kuat. Mereka gergasi. Hebat. Mereka lupa pembeli yg bayar gaji mereka. Sekarang rasakan. Majoriti Malaysian tak support. Jalan mudah. Kecilkan balik operasi. Buang je mana yg perlu. Pekerja proton sendiri tak perform, why Rakyat Malaysia nak kena tanggung. Sudah2 lah bagi Dana. Periuk nasi mereka, sendiri jaga. Bukan Rakyat Malaysia jaga. Sendiri tabur pasir. Mengemis minta simpati…..


    • bagus istilah ‘SAZALI’ tu…sgt bertepatan dgn situasi P1 dan vendor semasa kewujudannya..dimanjakan dilemakkan sehingga membuat onar kepada pembeli dan rakyat..tidak termasuk lg kes fiasco Proton & EON, double charge utk equipment yg siap terpasang di kilang (air cond), skandal bus stop dan lain2…rakyat dirogol utk memenuhi nafsu P1 dan ‘mentor’ diatas…dijadikan lubuk modal utk politik…..malangnya SAZALI menemui pengakhiran yg hina dan kotor…umpama yg bakal dihadapi oleh P1..


  • senang je nak solve problem proton ni.. buang pekerja sebab berlebihan.. buang vendor yg buat barang tidak berkualiti..
    kilang sampai dua tapi pengeluaran sikit.. pembaziran.. satu kilang dah cukup..
    kene ingat.. proton berniaga.. bukan badan amal..
    nampak memang kejam tapi klau nak untung terpaksa kene buat..


  • Semua ini business oriented.. Kerajaan pasti akan memberi pinjam sehingga 2 bilion ringgit dengan syarat tertentu seperti kekalkan jenama Proton, atau kekalkan vendor berkualiti, atau kekalkan pekerja tempatan, atau kekalkan ibu pejabat PHB di Malaysia atau semuanya dan banyak lagi.. Pinjaman tersebut adalah lebih kepada ekonomi Malaysia jangka panjang dan bukannya PHB(milikan asing) itu sendiri..

    Sebagaimana Lotus Group pernah mendapat suntikan geran (bukan pinjam) bernilai 10 juta Pound dari kerajaan UK empat tahun lalu.. Pemberian dana oleh kerajaan UK dengan syarat-syarat Lotus kekal sebagai kenderaan kebanggaan Union Jack dan tidak boleh dijual sesuka hati.. Dulu PHB semasa dibawah Khazanah Najib pernah menyatakan hasrat mahu menggabungkan Proton-Lotus menjadi satu entiti tetapi disekat oleh Kerajaan UK.. Sehingga sekarang Lotus masih menggaji warga tempatan lebih 80% dan anak Malaysia tidak sampai 5%.. Malaysia buat apa yang UK lakukan kepada Lotus.. Jika tidak mungkin PHB(milikan asing) akan menggaji lebih 90% warga kerja dari CHINA..

Leave a Reply