ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai Grand i10 Nios bakal dilancar di India 20 Ogos ini

Berita Global

Views
Hyundai | The All New GRAND i10 NIOS | Bookings Open

Hyundai Grand i10 Nios generasi baharu mula menunjukkan wajahnya yang sebenar dan ia bakal dilancarkan di India 20 Ogos nanti. Penampilan luarannya lebih anggun, dengan wajah yang lebih garang namun masih mengekalkan unsur rekaan ‘bendalir’ yang kini diperkemaskan,

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Paling unik adalah rekaan lampu nyalaan siang LED (DRL) yang berbentuk ‘boomerang’ yang berada di penjuru kiri dan kanan jeriji yang lain dari yang lain. Ia seolah-olah membentuk imej taring ketika menyala. Dari sisi model cilik ini nampak lebih ‘sado’ dan rekaan rim empat bilah dwi tona seakan kipas memang sangat ‘ohsem’!

Dari belakang masih belum ada gambaran jelas mengenai model ini, namun menerusi video acah terbaharu ia nampak agak comel dan masih lagi menggunakan lampu jenis mentol biasa. Ke bahagian dalam, rekaan kabin model ini agak konvensional dengan permainan dua tona warna. Difahamkan unit infohiburannya kini lebih besar, bersaiz 8 inci.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Kelompok meternya pula menggunakan jenis separa digital, tidak seperti model sebelumnya. Buat masa ini masih belum ada info mengenai spesifikasi lengkap, namun ada laporan mengatakan Hyundai akan menawarkan dua pilihan enjin, unit petrol BS-VI 1.2L Kappa dan diesel BS-VI 1.2L U2 CRDi yang akan digandingkan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual dan 5-kelajuan AMT.

Ada juga desas-desus mengatakan unit enjin petrol 1.0L T-GDI yang digandingkan dengan transmisi 7-kelajuan Dwi Klac (DCT). Hyundai membuka tempahan model Hyundai Grand i10 Nios bermula semalam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply