ARKIB

KATEGORI

Buletin

Daihatsu Malaysia anjur Program Latihan Keselamatan Pemandu

Berita Tempatan

Views

Daihatsu (Malaysia) Sdn. Bhd. (DMSB) telah melancarkan Program Latihan Keselamatan Pemandu bagi menangani kebimbangan keselamatan jalan raya di Malaysia dan menggalakkan budaya tingkah laku memandu yang selamat. Program ini eksklusif untuk pelanggan flit Daihatsu menerusi Program Flit Perniagaan Daihatsu dan dianjurkan secara usahasama dengan Yamato Transport (M) Sdn. Bhd. (YTM).

Usahasama ini juga memanfaatkan pengalaman dan keupayaan keselamatan syarikat dari Jepun dan Malaysia dengan menggabungkan Ujian Kemampuan Memandu (DAT) yang menilai Keperibadian Pemandu, Kelakuan Memandu Selamat, Persepsi Bahaya, Anggaran Pantas, Reaksi Terpilih dan Operasi Roda Pemandu. YTM adalah satu-satunya penyedia latihan di Malaysia yang menggabungkan kaedah psikologi DAT ke dalam mana-mana modul latihan keselamatan jalan raya.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Saga 2019 – 10 perubahan paling penting yang wajib anda tahu

Walaupun jumlah kematian di jalan raya telah menurun 6.3 peratus tahun lalu, jumla kemalangan telah meningkat dari 533,875 pada 2017 ke 548,598 kes pada 2018. Laporan dari Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) turut mendedahkan 80 peratus kemalangan adalah berpunca daripada kecuaian manusia.

Encik Arman Mahadi, Pengarah Urusan DMSB berkata, mereka percaya program ini akan memberi manfaat kepada para pelanggan serta orang lain di jalan raya. Tabiat dan kemahiran memandu yang lebih baik juga akan menyebabkan kenderaan dalam keadaan optimum, memanjangkan masa hayatnya dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

Program sehari itu telah dijalankan di Pusat Sokongan Sokongan Total Hino (HTSCC) di Sendayan, Negeri Sembilan. Ia telah dibahagian kepada tiga segmen – Kelas Teori, Rutin Pemeriksaan Kenderaan Harian, dan Latihan Praktikal di Litar. Setiap segmen memberi tumpuan kepada pelbagai aspek kesedaran keselamatan, pengetahuan kenderaan, latihan ramalan bahaya oleh Kiken Yochi Training (KYT) serta Ujian Kemampuan Memandu oleh YTM.

JOM BACA >> Proton Saga 2019 lebih ‘gah’ – Ini 5 perubahan yang kami suka

Peserta turut diajar untuk menjalankan Rutin Pemeriksaan Kenderaan Harian 7 langkah bagi memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik untuk mengelakkan kemalangan dan mengurangkan kos penyelenggaraan dan pembaikan. Akhir sekali, peserta diperkenalkan ke latihan litar praktikal dan demonstrasi keselamatan di lokasi.

Latihan litar termasuk latihan brek kecemasan di jalan basah dan memandu menanjak dan menuruni bukit untuk meningkatkan kemahiran gear mereka apabila kenderaan diisi dengan muatan dan sebaliknya. Encik Muhammad Fahmi, Pengurus Kanan Perancangan Korporat, Produk & Pemasaran DMSB berkata, mereka ingin mewujudkan dan mengekalkan pola pemanduan memandu yang lebih selamat di seluruh negara.

Ia juga diharapkan dapat membantu syarikat dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti mereka. DMSB dan YTM merancang untuk terus membangunkan dan meningkatkan program ini untuk mencapai matlamat mereka untuk menggalakkan tabiat memandu yang lebih selamat di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Saga facelift 2019 sudah tiba di bilik pameran
JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply