ARKIB

KATEGORI

Tular

Hyundai Ioniq 5 pertama di Malaysia dimiliki oleh Sultan Johor

Tular

Views

Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sememangnya memiliki begitu banyak koleksi kereta dan kenderaan elektrik (EV), Hyundai Ioniq 5 kini termasuk dalam senarai koleksi terbaharu baginda.

Besar kemungkinan Ioniq 5 milik baginda adalah unit yang pertama seumpanya di Malaysia. Kelibat model EV itu berjaya dirakam oleh lensa kamera dalam video yang dimuat naik ke laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sejak semalam.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Ioniq 5 itu dipandu sendiri oleh baginda semasa majlis menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Ini merupakan kunjungan rasmi pertama Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 pada 21 Ogos lalu.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Setakat ini, belum ada apa-apa perancangan mengenai kemasukan model ini ke Malaysia dan kami menjangkakan Hyundai Sime Darby Malaysia (HSDM) mungkin membawanya masuk ke sini pada masa akan datang.

Sebelum ini tular foto kereta mewah Genesis G90 Limousine yang menjadi kenderaan rasmi terbaharu Sultan Johor untuk merasmikan Majlis Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor Yang Ke-14 di Dewan Persidangan Dewan Negeri Johor.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaj

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply