ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai IONIQ Electric dinobatkan sebagai “Kereta Hijau Tahunan” 2017 sempena Anugerah Kereta Tahunan Professional Driver

Views

Anugerah Kereta Tahunan Professional Driver telah menamakan Hyundai IONIQ Electric sebagai “Kereta Hijau Tahunan” pada 2017. Anugerah dari majalah tersebut telah dinilai oleh 100 orang panel yang terdiri daripada operator industri, pemandu yang berpengalaman dan editor terpilih. Sebanyak 60 buah kenderaan yang tercalon telah melalui ujian sebenar yang sangat komprehensif.

Editor Professional Driver, Mark Bursa berkata, industri teksi kini berada dalam tekanan untuk memperkenalkan kenderaan yang mesra alam, dan Hyundai mempunyai kesemua asas tersebut merangkumi hibrid, PHEV dan versi elektrik IONIQ. Juri amat teruja dengan versi elektrik yang dikatakan paling selesa dan lancar, selain menawarkan jarak yang mencukupi untuk pemandu bandar sebelum mengecasnya.

Hyundai IONIQ merupakan kereta terbaik dalam kelasnya untuk servis, penyelenggaraan dan kos pembaikan. Dengan jarak 174 batu ia berjaya mengetepikan saingannya dan untuk mengecas 80 peratus bateri, ia hanya memerlukan 33 minit. Selain itu, penggunaan bahan mesra ekologi yang inovatif dalam kabin IONIQ seperti plastik kitar semula yang digabungkan dengan serbuk kayu dan batu gunung berapi pada penutup pintu di ruang dalaman yang mempunyai kualiti yang setanding plastik berasaskan-minyak konvensional menyerlahkan lagi reputasinya dalam memelihara alam semulajadi.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply