ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hyundai IONIQ Hibrid terima naiktaraf sistem Audio Visual Navigasi

Views

Melengkapkan lagi kualiti kecanggihan dan futuristik model hibrid Hyundai IONIQ, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah menaiktaraf sistem Audio Visual Navigasi (AVN) untuk menawarkan kemudahan kepada pemandu dan juga memenuhi pelbagai gaya hidup pelanggan.

Dibina berasaskan sistem operasi Android, sistem yang dipertingkatkan bersaiz lapan inci itu hadir dengan pelbagai fungsi dan aplikasi termasuklah:

  • Muzik – Radio, Main balik MP3, aplikasi Spotify
  • Kemudahan – Komunikasi tanpa wayar Bluetooth terbina dalam dan pemindahan buku telefon dan juga aplikasi My Hyundai untuk membuat menempah servis atau menghubungi bantuan jalan 24jam
  • Aplikasi navigasi yang dipasang dengan Waze dan Google Maps
  • Widget Jam dan Cuaca yang boleh dikemaskini menerusi wifi

Sitem AVN boleh diintegrasikan dengan baik bersama telefon pintar yang berasaskan iOS dan Android. Ia turut didatangkan dengan waranti selama tiga tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu). Dengan pengenalan sistem AVN yang dinaiktaraf, HSDM kini menawarkan IONIQ Hibrid dalam tiga varian:

  • Ioniq Hybrid HEV (*RM100,388)
  • Ioniq Hybrid HEV Plus (*RM114,088)
  • Ioniq HEV Plus with AVN System (*RM116,488)

*Harga atas jalan tidak termasuk insurans.

Pemilik IONIQ Hibrid sedia ada boleh menaik taraf sistem tersebut dengan menjual sistem sedia ada dan menambah baki hasil jualan tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai sistem AVN atau menempah IONIQ Hibrid, sila ke outlet yang berhampiran atau hubungi talian Hyundai Customer Careline di 1-300-13-2000.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply