ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen tawar penyelenggaraan percuma selama 3 tahun

Views

Kepada peminat kereta dengan kejuruteraan Jerman, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun/45,000km (mana-mana tiba dahulu) sempena menyambut tahun 2018. Semua kenderaan Volkswagen tanpa mengira model yang didaftarkan mulai 1 Januari 2018 adalah layak menerima program ini.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata program penyelenggaraan percuma ini bakal memberi ketenangan minda kepada para pemilik kerana kos penjagaan kereta mereka ditanggung oleh Volkswagen. Program ini merangkumi semua kos penyelenggaraan sebagaimana yang diperlukan dalam servis berkala. Namun ia tidak melibatkan alat-alat ganti lusuh seperti cakera brek, pad brek, penggilap cermin dan mentol lampu.

Pemilik kenderaan juga perlu mematuhi jadual penyelenggaraan di pusat servis sah Volkswagen atau berisiko jaminannya terbatal. Sebagai tambahan kepada program baru itu, pelanggan yang membeli mana-mana varian Passat juga akan menikmati kadar faedah rendah bermula 0.88% setahun. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply