ARKIB

KATEGORI

Buletin

Identiti anggota trafik tawar ‘diskaun saman RM100’ sudah dikenal pasti – Ketua Polis Perak

Berita Tempatan

Views

Polis sudah mengenal pasti anggotanya yang didakwa meminta wang daripada pelancong pasangan warga United Kingdom (UK) yang juga pempengaruh media sosial, bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri turut mengakui pasangan terbabit memberikan kerjasama apabila dihubungi polis.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenainya akan dikemukakan menerusi siaran media dalam waktu terdekat. “Sudah (kenal pasti). Nanti saya berikan siaran media,” katanya ringkas sewaktu dihubungi, pagi ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mohd Yusri ditanya pengesahan berhubung hantaran pasangan pelancong dari UK yang dikenali sebagai ‘UK Van Lifers‘ itu di X, waktu tempatan malam tadi, yang menyatakan mereka sudah berhubung dengan polis Malaysia dan sedia memberikan kerjasama terhadap siasatan kes itu.

Pagi semalam, Mohd Yusri dilapor berkata Polis Perak sedang menunggu arahan Bukit Aman bagi siasatan lanjut kes itu dengan ia sudah dirujuk kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, selain menyatakan bahawa identiti anggota polis terbabit sedang dikenal pasti.

Ia termasuk keperluan bagi menentukan terlebih dahulu di kawasan mana sebenarnya kejadian itu berlaku sama ada, dalam Perak.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kejadian itu tular apabila perbuatan anggota polis itu yang kononnya menawarkan diskaun saman trafik kepada pasangan warga UK ketika ditahan bagi kesalahan memandu melebihi had laju, sempat dirakam.

Anggota terbabit mendakwa pasangan berkenaan memandu selaju 80 kilometer sejam (km/j), melebihi had laju di laluan itu iaitu 60 km/j, sebelum mengeluarkan saman.

Bagaimanapun, anggota polis itu kemudiannya menawarkan ‘diskaun’ saman berkenaan daripada RM300 menjadi RM100, jika dibayar terus kepadanya iaitu tanpa dibayar di balai polis. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply