ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skandal ujian pensijilan enjin diesel: Toyota gantung penghantaran beberapa model, Hilux dan Innova tersenarai

Berita Global

Views

Toyota Motor berkata, pihaknya akan menggantung penghantaran beberapa model termasuk trak pikap Hilux dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Land Cruiser 300 selepas kesalahan dikesan dalam ujian pensijilan enjin diesel yang dibangunkan Toyota Industries.

Satu jawatankuasa siasatan khas mengenal pasti kesalahan ketika ujian output kuasa bagi pensijilan tiga model enjin diesel.

Pembuat kereta itu memaklumkan, 10 model kenderaan menggunakan enjin yang didapati berdepan masalah teknikal di seluruh dunia.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia termasuk van Hiace, kenderaan SUV daripada model Fortuner, kenderaan pelbagai guna Innova dan model SUV Lexus LX500D.

Toyota yang juga pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan hasil jualan, secara berasingan berusaha untuk menyelesaikan kes salah laku berkaitan penipuan dalam ujian keselamatan di pakar kereta bersaiz kompak, Daihatsu.

Toyota Industries berkata, pihaknya menjual kira-kira 840,000 enjin kereta yang terjejas sepanjang tahun kewangan hingga 31 Mac 2023.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jurucakap Toyota tidak memperincikan berapa banyak kenderaan terjejas yang telah dijual oleh pembuat kereta itu selama bertahun-tahun.

Toyota berkata, siasatan mendapati unit kawalan elektronik yang digunakan ketika ujian output kuasa kuda adalah berbeza daripada yang digunakan ketika pengeluaran enjin.

Saham dalam Toyota Industries menjunam ke paras negatif sejurus selepas berita itu didedahkan dan berakhir dengan penurunan sebanyak empat peratus. Saham Toyota Motor ditutup lebih tinggi iaitu 3.1 peratus. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply