ARKIB

KATEGORI

Info

IMBAU: Ini rekaan asal ruang kabin model Perodua Kancil tahun 2000, ada sentuhan pereka Itali

Info

Views

Dalam artikel terdahulu, penulis pernah bercerita tentang Perodua yang pernah meminta syarikat automotif dari Itali, Stola untuk ‘menggayakan semula’ rekaan model Kancil pada tahun 1997.

Perodua telah diperkenalkan kepada Stola oleh syarikat Hawtal & Whiting untuk mereka bentuk semula model Kancil setelah beberapa tahun pengeluarannya di bawah lesen dari Daihatsu.

Antara yang perlu dilakukan oleh pihak Stola adalah kejuruteraan sepenuhnya, master model dan beberapa siri prototaip.

Namun buat pertama kalinya dalam portfolio mereka, Stola diminta oleh Perodua untuk mencadangkan gaya luaran dan dalaman sebuah kereta baharu.

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Cabaran ini telah disahut oleh Stola dan mereka telah meletakkan Leonardo Fioravanti, Porsche Engineering Service dan Marcello Gandini untuk bersaing bagi mendapatkan cadangan reka bentuk yang terbaik.

Apa yang menarik, cadangan reka bentuk reka bentuk Kancil dari Marcello Gandini telah berjaya memikat hati Perodua untuk dibangunkan.

Perodua juga telah menyewa bangunan dengan keluasan 700 meter persegi di Ivrea 5, Rivoli untuk digunakan sebagai platform projek tersebut dan fasiliti tersebut lengkap beberapa kemudahan termasuk surau.

Namun, pada awal tahun 1998, pembangunan model tersebut telah dihentikan oleh Perodua berikutan krisis kegawatan ekonomi yang melanda negara kita yang digelar sebagai “Harimau Asia” pada ketika.

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

Pada ketika projek tersebut tergendala, kerja-kerja rekaa bentuk telah pun selesai 70 peratus. Walaubagaimanapun, Perodua sebagai pelanggan yang bertanggungjawab telah melangsaikan kesemua bayaran kepada Stola.

Aktiviti kejuruteraan yang dibangunkan oleh perisian Catia 4 sangat maju, sehingga pada masa itu prototaip boleh dibina.

Meskipun projek ini tergendala tergendala, namun hubungan antara Stola dengan pihak pengurusan Perodua masih kekal baik. Pada tahun 2000, Stola telah pun diarahkan untuk melengkapkan pembangunan papan pemuka untuk penggayaan semula Kancil pengeluaran pada ketika itu.

Dalam masa yang sama, Perodua meminta Stola untuk turut membina model gaya yang mewakili sedikit penggayaan semula model Kancil semasa yang direka oleh Pusat Reka Bentuk Perodua.

Jika anda perasan, elemen reka bentuk papan pemuka hasil penggayaan semula Stola ini, seperti panel meter di tengah dan bolong pendingin hawa berbentuk bulat telah digunakan oleh model produksi Kancil pada tahun 2002.  – Studio Torino

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Studio Torino

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply