Nampaknya kita dapat melihat imej janaan 3D Mitsubishi Xpander facelift lebih awal, sebelum kemunculan rasminya di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) tidak lama lagi. Ia dipaparkan dalam laporan kewangan suku kedua Mitsubishi Motors Corporation (MMC) tahun 2021.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Sebelum ini, Mitsubishi hanya menyiarkan imej acah model berkenaan bagi ‘memberikan kehangatan’ menjelang acara permotoran terbesar di negara republik tersebut. Menurusi imej janaan 3D yang disiarkan, kita dapat melihat perubahan kosmetik yang dibuat pada model MPV itu.
Paling ketara adalah bentuk lampu pada bahagian kiri dan kanan bampar yang berbentuk ‘tukul’, manakala lampu siang LED (DRL) nampak lebih panjang berbanding model terdahulu. Kedudukan lampu kabus masih berada di bahagian bawah bampar.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Pada bahagian tersebut itu juga diberi kemasan plat gelincir (skid plate) yang menonjolkan lebih gaya lasak pada model MPV yang digayakan seperti SUV itu.
Rekaan rimnya juga menampilkan rekaan baharu seakan kelopak Bunga Raya manakala bentuk bampar belakangnya juga mengalami perubahan namun ia tidak diperlihatkan pada imej tersebut.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
KOMEN TERKINI