ARKIB

KATEGORI

Buletin

Imej paten Honda HR-V generasi baharu tular di media sosial

Imej Paten

Views

Beberapa imej paten Honda HR-V generasi baharu mula tular di media sosial sejak semalam yang telah dimuat naik oleh warganet bernama Vanhoe Rage. Mengikut perancangan, HR-V generasi baharu bakal membuat kemuculan sulung global secara rasmi pada 18 Februari ini.

Jika diperhatikan pada imej paten yang tular ini, nampaknya Honda telah mula mengadaptasikan gaya reka bentuk Eropah pada semua model baharu keluarannya. Model yang dikenali sebagai Vezel di Jepun juga dilihat masih lagi membawa beberapa elemen reka bentuk pada model semasa yang diolah dengan gaya lebih elegan.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Menerusi imej paten ini, kita dapat melihat dua versi HR-V dengan reka bentuk jeriji dan bampar yang berbeza. Salah satu menggunakan jeriji dengan jejalur melintang dan satu lagi dilengkapi jeriji dengan gaya seolah-olah seperti potongan berlian pada barang kemas.

Bentuk bawah bampar depannya juga kelihatan berbeza kerana salah satu daripadanya diberikan kemasan krom, begitu juga di bahagian belakang. Lampu belakang HR-V generasi baharu juga nampak lebih moden, dengan rekaan yang bersambung.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Seperti yang kami katakan, para pereka Honda masih lagi membawa beberapa elemen reka bentuk pada model semasa, paling ketara adalah pemegang pintu belakang yang masih tersorok pada tiang-C. Bentuk belakangnya juga masih lagi mempunyai iras model semasa tetapi digayakan dengan lebih kemas dan nampak lebih ringkas.

Menerusi video acah yang disiarkan sebelum ini, apa yang pasti Honda akan menawarkan varian hibrid e:HEV dengan penjana pintar Pelbagai-Mod Pemanduan (i-MMD), selain pilihan warna dwitona dan beberapa ciri lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Vanhoe Rage

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply