ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Car Malaysia tawar lanjutan jaminan dua tahun bagi model yang didaftarkan mulai 1 Januari 2021

Berita Tempatan

Views

Bermula 1 Januari 2021, Volvo Car Malaysia menawarkan lanjutan jaminan selama dua tahun bagi model keluarannya. Sebelum ini, pemilik kenderaan Volvo hanya layak untuk mendapat perlindungan standard jaminan pengeluaran sehingga tiga tahun, atau 100,000km, dengan tambahan dua tahun atau 20,000km menerusi program lanjutan jaminan (EWP) yang disediakan oleh rakan syarikat insurans luar.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Ini bermakna, pemilik kenderaan persendirian Volvo yang berdaftar bermula dari tarikh tersebut dan seterusnya akan mendapat perlindungan jaminan pengeluar selama lima tahun atau tanpa had perbatuan. Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain, tawaran baharu ini adalah sebahagian daripada komitmen mereka untuk mengeluarkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti.

Semakan semula tempoh jaminan ini akan memberikan pelanggan ketenangan untuk tempoh lima tahun dari tarikh kenderaan mereka diserahkan. Semua pemilik kenderaan baharu juga bakal menerima pengalaman perkhidmatan premium oleh juruteknik Volvo yang terlatih.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Pada bulan Disember lalu, Volvo Cars Malaysia turut mengumumkan bahawa semua pelanggannya yang membeli kenderaan Plug-in Hybrid (PHEV) layak mendapat lanjutan tempoh jaminan bateri voltan tinggi (HV) sehingga lapan tahun atau 160,000km (yang mana terdahulu).

Menerusi inisiatif ini, Volvo Car Malaysia bukan sahaja melanjutkan sokongan untuk masa depan yang mampan, malah bagi memastikan pelanggan kekal yakin kepada kualiti Volvo. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi mana-mana wakil pengedar sah Volvo atau melayari laman Facebook dan Instagram Volvo Car Malaysia untuk maklumat terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply