ARKIB

KATEGORI

Buletin

Impak banjir beri kesan kepada jualan Proton, hanya 4,453 unit terjual pada Januari

Berita Tempatan

Views

Kesan banjir di Selangor pada penghujung 2021 telah menjejaskan jumlah jualan Proton pada bulan Januari 2022.

Setelah menamatkan tahun 2021 dengan angka jualan tahunan tertinggi sejak 2014, jualan untuk bulan pertama tahun baharu telah menurun disebabkan kekurangan stok yang tersedia.

Proton telah menjual 4,453 unit (domestik + eksport) pada bulan Januari, menurun sebanyak 25.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu dengan anggaran pegangan pasaran domestik sebanyak 11.3 peratus.

Meskipun kilang pengeluaran Proton di Shah Alam dan Tanjung Malim tidak terjejas akibat banjir, kebanyakan vendor syarikat pula tidak bernasib baik dan ia memberi kesan langsung ke atas jumlah pengeluaran pada bulan Januari.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Ditambah pula, pegangan stok yang rendah dari bulan sebelumnya kerana syarikat tengah berusaha untuk merapatkan jurang antara bekalan dan permintaan pasaran.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, walaupun sesetengah model memerlukan lebih masa, pihaknya yakin dapat mencapai sasaran tahun 2022 berdasarkan unjuran pasaran serta rancangan jualan dan pemasaran untuk sepanjang tahun ini.

Proton X50 dan X70 menjadi model pertama yang memulakan semula pengeluaran dan ini dapat dilihat dalam jumlah jualan Januari. Sebanyak 2,601 unit X50 dan 799 unit X70 telah dijual pada bulan lepas.

Walaupun jumlah jualan secara berasingan adalah sederhana berbanding bulan sebelumnya, gabungan jualan kedua-dua model meletakkan Proton sebagai jenama SUV nombor satu di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Lebih 1,200 kenderaan Proton yang terjejas banjir telah diterima di pusat servis rasmi selepas sebulan setengah bencana pada bulan Disember.

Ia kemudiannya dibahagikan kepada empat kategori, bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami, sebelum penilaian dibuat dan pembaikan dijalankan.

Roslan menambah, Proton ingin mengingatkan semua pemilik kereta yang terjejas akibat banjir supaya menghantar kenderaan mereka ke rangkaian pusat servis untuk menikmati manfaat seperti perkhidmatan tunda dan mencuci kereta percuma serta diskaun alat ganti dan caj buruh.

Proton juga berterima kasih kepada kerajaan atas baucar bantuan RM1,000, yang terbukti amat bernilai untuk ramai pelanggan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply