ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

IMPRESI ARTIS: Gambaran Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback versi Theottle

Impresi Artis

Views
Proton Saga Hatchback and Saga Active

Dengan berpandukan info dan juga impresi artis rekaan penulis dalam artikel terdahulu, sahabat kami yang pakar manipulasi digital, Theottle cuba membuat gambaran awal model Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) dalam versi yang lebih realistik.

Maklumat awal mengatakan, Saga MC3 (P2-14A@AMA01) dibina berasaskan pelantar model semasa yang telah dipertingkat dan akan mempunyai dua versi bentuk badan, iaitu sedan dan juga hatchback.

Ia bakal tampil dengan sentuhan penggayaan luaran (top hat) dan juga dalaman serba baharu. Versi ‘hatchback‘nya pula dijangka muncul setahun selepas peluncuran versi sedan dan ada ‘ura-ura’ mengatakan ia bakal diberi sentuhan penggayaan crossover.

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

Ada juga khabar angin mengatakan yang model ini mungkin ditawarkan dengan empat pilihan varian, bermula dari varian asas (Standard) hingga ke varian mercu (Flagship).

Kami menjangkakan susunan variannya adalah seperti berikut, jika merujuk kepada pilihan varian pada model semasa (Saga MC2):

  • Standard
  • Executive
  • Premium
  • Flagship

JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China

Spekulasi mengatakan, Saga MC3 (P2-14A@AMA01) mungkin akan ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan juga versi hibrid (HEV).

Enjin ICEnya adalah versi yang terkini dari keluarga enjin Geely, berkapasiti 1.5 liter aspirasi alami (NA) yang dipadankan dengan transmisi CVT (penukar daya kilas – torque converter). Versi hibridnya pula akan ditambah dengan motor elektrik dan dipadankan dengan transmisi e-CVT.

Setakat ini, kami difahamkan unit ujian ‘cura/olok-olok’ (mule) sedang mula diuji di jalan raya menggunakan enjin baharu dan ‘berselindung’ di sebalik model Saga semasa yang memakai plat perdagangan.

Sekiranya anda terserempak dengan model Saga semasa yang nampak sedikit mencurigakan, jangan segan silu merakam gambar dan kongsikannya kepada kami ya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theottle

JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply