ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Ada tak kereta harian lain yang guna stereng jenis ‘petak’?

Info

Views

Ya, ada. Itu jawapan sahabat kami Dr Aid Fawzal menerusi akaun Facebook rasminya. Model Tesla Model S menggunakan stereng berbentuk ‘petak‘.

Anda boleh melihat klip video ringkas di atas, bagaimana tangan pemandu tercari-cari ‘tempat memaut’ ketika cuba membuat pusingan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Selain Tesla, trend yang sama diikuti oleh Toyota dimana pada tahun lalu, mereka telah mempamerkan kereta konsep SUV elektrik dipanggil bZ4X dengan stereng yang hampir sama.

Bezanya, Tesla mengguna pusingan linear dengan nisbah pusingan (ratio) 14:1 secara linear. Manakala Toyota menggunakan sistem drive-by-wire dengan stereng yang progresif (berbeza nisbah pusingan mengikut kelajuan pemanduan).

Maksudnya dari segi undang-undang jalan raya, penggunaan stereng jenis begini adalah sah, cuma dari segi penggunaan, ia agak janggal.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Jadi kalau stereng bulat lebih sesuai untuk kegunaan harian, kenapa ada pengeluar kereta masih juga keluarkan kereta dengan stereng petak?

Ini kerana untuk menghasilkan sesuatu yang berkelainan, pereka ada kalanya mengambil risiko pada rekabentuk dengan memilih rupa lebih daripada fungsinya.

Sama seperti bangunan, sepatutnya bangunan itu berbentuk kotak dan menegak. Tetapi ada juga bangunan dengan pelbagai bentuk dan rupa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply