Toyota kini mula serius ke arah elektrifikasi dengan memperkenalkan sebuah model crossover elektrik, dikenali sebagai bZ4X Concept. Model ini direka untuk memperlihatkan versi pengeluaran yang bakal dilancarkan pada tahun 2022.
Sekilas pandang kita boleh melihat kelibat model RAV4 pada model ini, namun dengan penggayaan yang jauh lebih moden dan futuristik. Dari hadapan rekaannya nampak lebih garang dengan menampilkan lampu yang lebih nipis dengan penggunaan garis lekuk bampar yang bersudut.
Dari sisi, para pereka di Toyota banyak bermain dengan garis lekuk badan bersudut bagi menimbulkan otot-otot ‘sado’ model ini. Paling menarik adalah kemasan hitam berkilat pada fender depan dan lengkung tayar belakang yang membentuk seperti pelapik badan dengan gaya yang unik, tidak seperti SUV/crossover yang berada pasaran.
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
Rekaan rim lima jejari berkembar dengan kemasan dwitona pula melengkapi rekaan sisinya. Ke belakang, permainan garisan bersudut diteruskan dengan rekaan lampu LED yang memanjang dan melintang. Kemudian bahagian bawahnya di tarik untuk terus bersambung dengan bampar belakang, sekali gus memberikan visual yang lain dari kebiasaan.
Di bahagian dalam, ia menampilkan rekaan yang ringkas dan seakan-akan kokpit sebuah kapal angkasa. Paling mencuri tumpuan adalah kedudukan panel meter yang secara visualnya nampak tersorok jauh ke dalam dengan rekaan seakan tebing parit. Paparan panel meter pula menggunakan jenis digital sepenuhnya.
Rekaan stereng tiga jejarinya agak sedikit kontroversi dan kelihatan janggal dengan logo Toyota yang terlebih menonjol di tengah-tengah. Menurut Toyota, kelompok panel instrumen diletakkan lebih rendah manakala kedudukan meter pula berada tinggi sedikit dari paras stereng kerana ia bukan sahaja memberikan ruang, malah meningkatkan penglihatan untuk pemanduan yang lebih selamat.
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
Di tengah-tengah papan pemuka diletakkan sistem infohiburan dengan paparan skrin lebar bersaiz besar yang dihiasi kemasan hitam berkilat, bersama-sama beberapa butang kawalan dan tombol gear jenis berputar. selain itu, kelihatan juga kemasan fabrik yang membaluti sebahagian papan pemuka.
Buat masa ini, Toyota masih lagi merahsiakan spesifikasinya, namun sumber mengatakan ia dibangunkan dari pelantar e-TNGA yang dibangunkan bersama dengan Subaru. Toyota berkata, crossover ini nanti akan mengekalkan kualiti, ketahanan dan keandalan jangka panjang yang sinonim dengan jenama tersebut dengan keupayaan pacuan semua-roda dari Subaru.
Pengeluaran model ini akan dibuat di China dan Jepun dan ia akan berada di pasaran global dan jualannya bakal bermula pada pertengahan 2022. Untuk jangka masa panjang, Toyota bakal menawakan 15 model kederaan elektrik, termasuk tujuh yang akan memakai lencana bZ (Beyond Zero).
Apa yang menarik, gergasi automotif Jepun itu juga memberi bayangan yang mereka bakal membawa barisan trak pikap elektrik pada masa akan datang, yang menggunakan penjana hibrid dan juga BEV. Mungkinkah model serba baharu Tundra dan Hilux bakal mempunyai versi hibrid dan elektrik pada masa akan datang? Sama-sama kita nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
KOMEN TERKINI