ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Apa perlu anda buat jika topi keledar import ditahan pihak Kastam?

Info

Views

Tahukah anda, sekiranya topi keledar motosikal (individu) import anda ditahan pihak Kastam di bawah Jadual Keempat Bahagian II Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, anda perlu mengemukakan permohonan ke Jabatan ini sebelum kelulusan diberikan.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Malaysia, apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

  • Mengisi Borang Permohonan Kelulusan Jenis Komponen (Component Type Approval) JPJ CTA (Borang boleh dimuat turun menerusi portal www.jpj.gov.my.
  • Antara dokumen yang diperlukan adalah, gambar komponen (beserta tanda-E (E-marking)), Notis Tahanan Kastam dan resit/invois pembelian.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan boleh dihantar menerusi e-mail ke [email protected].

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Topi keledar adalah tertakluk di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 melalui Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 di mana topi keledar motosikal hendaklah mematuhi piawaian mandatori motosikal seperti United Nation, R22Protective Helmet and their visors atau Malaysian Standard, MS1Special Specification for Protective Helmets dan Visors for vehicle users.

Semoga informasi ini memberi manfaat buat semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Malaysia

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply