ARKIB

KATEGORI

Buletin

Keluarkan ‘kapcai’ secara berperingkat dari pasaran, gantikan dengan motosikal elektrik – Pakar

Berita Tempatan

Views

Seorang perancang pengangkutan mencadangkan agar motosikal “kapcaidikeluarkan secara berperingkat daripada pasaran dan digantikan dengan motosikal elektrik berkuasa rendah.

Menurut portal Free Malaysia Today, Wan Agyl Wan Hassan menyifatkan motosikal kapcai sebagai “jentera pembunuh” berdasarkan kadar kematian penunggang yang tinggi membabitkannya. Kapcai ialah istilah slanga bagi motosikal “underbone” dengan enjin berkapasiti bawah 250cc.

Ujarnya, di Malaysia, kapcai adalah jentera pembunuh yang mengakibatkan banyak kematian, secara purata 4,100 kematian setahun dalam tempoh 12 tahun dan ini adalah kehilangan produktiviti bagi negara. Dianggarkan terdapat 11 juta kapcai aktif di Malaysia, menurut Wan Agyl.

Beliau berkata, penemuan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa negara mengalami kerugian ekonomi besar sebanyak RM18.15 bilion daripada kematian pengguna motosikal dari 2015 hingga 2017.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Tambahnya, ini adalah kerugian besar buat negara dan adakah kita masih mahu motosikal sebegini di atas jalan?Wan Agyl merupakan bekas Ketua Bahagian Perancangan dan Polisi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), yang kini dikenali sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Angka daripada polis trafik persekutuan menunjukkan bahawa 79,916 pengguna motosikal terbunuh dalam kemalangan jalan raya dari 2001 hingga Ogos tahun ini dan 70.2 peratus daripada kematian nahas jalan raya setakat Ogos membabitkan pengguna motosikal.

Terdapat 15.2 juta motosikal berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 90 peratus daripadanya adalah model kapcai. Wan Agyl berkata, statistik terkini menunjukkan bahawa Malaysia semakin hampir menggantikan Thailand sebagai negara paling berbahaya bagi penunggang motosikal.

Katanya, pengguna motosikal kapcai juga terdiri daripada penunggang kanak-kanak. Motosikal jenis ini ringan dan mudah dikendalikan, jadi kanak-kanak menggunakannya di kawasan luar bandar untuk pergi ke sekolah atau membeli barangan runcit.

Kita perlu fikir sama ada kita mahu mengekalkan atau tidak motosikal jenis ini atau perlahan-perlahan menghentikannya secara berperingkat.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Beliau bersetuju dengan pengacara bersama program bual bicara berkenaan, Melisa Melina Idris, bahawa keputusan sedemikian boleh menjadi tidak popular dari segi politik, kerana ramai membeli motosikal jenis ini disebabkan harganya, secara purata RM3,000 hingga RM4,000.

Bagaimanapun, motosikal elektrik adalah lebih murah, dengan harga antara RM1,500 dan RM2,000 dan tidak selaju atau mudah diubah suai dan ditukar menjadi jentera pembunuh. Cadangan untuk membendung penggunaan kapcai oleh remaja telah diutarakan sejak 14 tahun lalu.

Pada mesyuarat tahunan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya 2019, seorang pegawai kanan polis meminta Kementerian Pengangkutan merangka dasar jangka panjang untuk memperkenalkan kategori pelesenan baharu bagi penunggang motosikal berusia 16 hingga 25 tahun untuk menggunakan hanya skuter dengan kapasiti enjin kecil atau motosikal elektrik berkuasa rendah.

Perkara yang sama turut dikemukakan oleh ahli lembaga pengarah MIROS pada forum keselamatan motosikal di Perlis dua tahun lalu.

Bulan lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa kerajaan mengenakan peraturan baharu hanya membenarkan remaja bersekolah menunggang moped atau motosikal berkapasiti enjin kecil yang hanya boleh bergerak pada kelajuan maksimum sehingga 45km/j.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply