Pakar analisis dari Maxim E-hailing berkongsi data tentang statistik penggunaan berdasarkan nama, jantina, umur, sistem pengendalian telefon dan jenama telefon daripada pelbagai perkhidmatan aplikasi Maxim dengan peratusan dan perbandingan.
Data menunjukkan bahawa 50.5 peratus pengguna adalah lelaki berbanding wanita dengan 49.5 peratus. Berdasarkan bancian yang dilakukan pada tahun 2020, nisbah lelaki di Malaysia ialah 103 orang lelaki, manakala 100 orang wanita, bermakna populasi lelaki lebih ramai.
Ini bermakna pengguna Maxim e-hailing selaras dengan data penduduk Malaysia. Lima nama teratas pelanggan Maxim pula ialah Aisyah, Nurul, Ain, Farah, dan Ika untuk wanita manakala bagi lelaki ialah Alif, Daniel, Aiman, Ahmad, dan Alex.
Data ini dikumpul berdasarkan pendaftaran nama tengah. Generasi muda berumur 24 tahun adalah kumpulan pengguna yang teratas dengan 42 peratus dan Maxim percaya bahawa kebanyakan mereka adalah daripada pelajar universiti.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Ini diikuti oleh mereka yang berumur 25 hingga 35 tahun dengan 39 peratus dan generasi berumur 36 hingga 45 tahun dengan 14 peratus. Bagi penumpang yang berumur lebih dari 46 tahun kira-kira hanya 5 peratus daripada mereka menggunakan Maxim.
Sistem pengendalian telefon terbahagi kepada dua kategori iaitu IOS dan Android. Kebanyakan pengguna menggunakan telefon Android dengan 50.5 peratus manakala IOS dengan 49.5 peratus. Dengan kadar yang tinggi pada sistem, ia menunjukkan 4.8 bintang.
Dari segi jenama telefon, yang paling popular di kalangan pengguna ialah iPhone dengan 49.5 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti oleh Samsung dengan 18.5 peratus, dan Vivo dengan 12 peratus.
Tempat keempat ialah Oppo dengan 11 peratus dan yang kelima ialah Realme dengan 9 peratus. Kebanyakan pengguna menggunakan iPhone kerana ia adalah jenama yang besar dan popular di Malaysia.
Daripada data yang dikongsi, siapa yang boleh anda harapkan untuk menjadi pengguna Maxim? Kemungkinan besar adalah seorang lelaki berusia 24 tahun, yang menggunakan iPhone dan juga bernama Alif.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley berkata, Maxim E-hailing menonjol secara langsung kerana gabungan keterjangkauan, kemudahan dan perkhidmatan yang meluas.
Salah satu faktor utama yang membezakan Maxim ialah harga yang mesra pelanggan dan menawarkan kadar kompetitif menarik minat pelbagai pelanggan, termasukgolongan pelajar, profesional dan berkeluarga.
Walaupun tambangnya murah, Maxim tidak berkompromi dengan kualiti perkhidmatan dan memastikan penunggang menerima pengalaman yang selamat dan selesa.
Tambah beliau, aplikasi mesra pengguna, yang direka untuk menjadikan proses tempahan perjalanan menjadi mudah dan selesa.
Dengan hanya beberapa langkah, pengguna boleh menempah atau menjadualkan perjalanan, malah menjejaki lokasi pemandu mereka.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI