Ini berita yang bakal membuatkan jiwa para ‘scalpers‘ menjadi tidak keruan. Menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook rasminya, Hot Wheels mengumumkan bahawa model skala 1:64 Proton Saga berwarna putih dalam pek bungkusan Dash B akan mula berada di pasaran dalam masa terdekat.
Lebih menarik, satu acara ‘buka kotak (unboxing)’ secara eksklusif bakal diadakan di LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid bermula 11 Oktober (hari ini) sehingga 13 Oktober.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Mereka yang ingin menjadi pembeli terawal atau menjadi ‘scalpers‘ boleh lah merujuk jadual sesi ‘buka kotak’ itu di bawah.
Ini merupakan versi kedua Proton Saga dalam pek bungkusan Dash B keluaran Hot Wheels selepas versi warna merah yang pertama kali dilancarkan setahun lalu.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Hot Wheels juga ada memperkenalkan Proton Saga edisi terhad yang menampilkan karya kanak-kanak berusia 9 tahun dari Pulau Pinang, Saw Jane Harn yang muncul pemenang Pertandingan Rekaan Hot Wheels X Proton Kanak-Kanak 2023.
Ilham rekaan Saw meraikan kepelbagaian nilai alam dan kegemilangan Malaysia, daripada enggang badak dan bunga raya, burung dan bunga kebangsaan, kepada Tugu Negara.
Hot Wheels dan Proton telah melancarkan prototaip kolaborasi pertama mereka Proton Saga ‘generasi pertama’ keluaran 1985 pada tahun 2022, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-40 Mattel Malaysia.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI