ARKIB

KATEGORI

Info

INFO: Pasang nombor plat ‘fancy’ adalah satu kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM300

Info

Views

Menerusi satu hantaran yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Jika didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987. Berikut contoh-contoh gambar kenderaan yang tular di media sosial dan tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Pemilik kenderaan bakal diambil tindakan untuk ditemu siasat oleh JPJ. Orang ramai adalah disarankan untuk melaporkan mana-mana kenderaan yang memasang nombor pendaftaran yang mengelirukan, kabur atau ‘fancy’ di alamat email [email protected] bersama gambar kenderaan dan butiran lain yang berkaitan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply