ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton berjaya atasi angka jualan tahun 2020

Berita Tempatan

Views

Setelah berjaya mencatat peningkatan kadar jualan 28.7 peratus pada bulan Oktober berbanding bulan sebelumnya, Proton kali ini telah berjaya melepasi jualan dalam tempoh yang sama berbanding tahun lepas.

Dengan jualan sebanyak 13,362 unit, jualan terkumpul setakat ini adalah sebanyak 86,379 unit, meningkat sebanyak 1.6 peratus berbanding jualan sepuluh bulan pertama tahun 2020 (84,999 unit).

Ini bermakna, Proton telah berjaya mengatasi Jumlah Jualan Industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak lebih kurang 4.7 peratus walaupun dengan jualan melebihi 65,000 unit buat kali pertama pada bulan Oktober untuk tahun 2021.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Unjuran pegangan pasaran bagi bulan tersebut adalah sebanyak 20.5 peratus, sementara pegangan pasaran bagi tempoh yang sama berbanding tahun lepas adalah sebanyak 22.7 peratus. Saga terus menjadi model terlaris Proton dengan jumlah jualan sebanyak 5,107 unit pada bulan Oktober,

SUV segmen-B , X50 mencatat jualan sebanyak 3,839 unit, manakala X70 mengekalkan momentum dengan jualan sebanyak 2,165 pada bulan Oktober. Kedua-dua model SUV ini turut kekal berada di kedudukan selesa sebagai model jualan terbaik bagi segmen masing-masing.

Model MPV segmen-C, Exora berjaya dijual sebanyak 359 unit. Meskipun terkesan teruk berikutan kekurangan bekalan cip, Iriz dan Persona 2022 masih lagi berjaya mencatat jualan yang baik, masing-masing sebanyak 497 unit dan 1,393 unit.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, permintaan pasaran dijangka kekal kuat menjelang akhir tahun, dan pihaknya akan berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan tahun 2021 ditutup dengan kejayaan besar.

Pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini yang menyaksikan pengecualian Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST) akan dilanjutkan kepada 30 Jun 2022 turut memberi khabar gembira buat pemain industri dan pelanggan mereka.

Ujar Roslan Abdullah, Proton ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas lanjutan pengecualian SST. Tambah beliau,pihaknya turut menjangkakan lanjutan tersebut akan meningkatkan jualan separuh tahun pertama tahun depan di mana kemungkinan banyak model akan diperkenalkan ke pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply