ARKIB

KATEGORI

Buletin

INFO: Proton Jumbuck (Arena) di Australia cuma dapat 1-Bintang ANCAP jer, biar betul?

Info

Views
Proton Jumbuck (2009)

Akaun Facebook rasmi Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) semalam telah mengimbau kembali siri ujian perlanggaran yang dibuat untuk model ‘uteProton Jumbuck (Proton Arena untuk pasaran Australia) yang telah dibuat pada tahun 2009.

Apa yang mengejutkan, Jumbuck yang mula diperkenalkan ke pasaran Australia pada 2003 hanya menerima penarafan 1-Bintang dengan skor 8.39 mata daripada jumlah skor keseluruhan, iaitu 37.00 mata. Walaubagaimanapun, penarafan ini telah tamat tempoh lebih enam tahun yang lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berikut adalah keputusan ujian bagi Proton Jumbuck:

  • Ujian perlanggaran hadapan – 1.00 mata daripada 16 mata keseluruhan
  • Ujian impak sisi – 7.39 mata daripada 16 mata keseluruhan
  • Ujian perlanggaran tiang – Tidak Dinilai
  • Peringatan Tali Pinggang Keledar – 0.00 mata daripada 3.00 mata keseluruhan
  • Pelindungan cambuk (whiplash) – Tidak Dinilai
  • Perlindungan Pejalan Kaki – Sedikit
  • Kawalan Kestabilan Elektronik – Tidak Tersedia

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Model Proton Jumbuck yang diuji juga tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti beg udara untuk pemandu dan penumpang, sistem brek anti-kunci (ABS), agihan brek elektronik (EBD), bantuan brek (BA) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).

Menurut ANCAP, penumpang Proton Jumbuck berisiko tinggi untuk mendapat kecederaan kepala yang boleh mengancam nyawa dalam ujian offset dan kecederaan dada dalam ujian impak sisi.

Model ini juga tidak sesuai untuk membawa kanak-kanak kecil kerana ia tidak mempunyai cagak top tether. Tidak lama selepas penarafan keselamatan untuk Jumbuck diterbitkan, Proton telah membuat keputusan untuk menarik balik model ini daripada pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply