ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ingin untuk mewakili Malaysia dalam ‘Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo’? Pendaftaran kini dibuka!

Berita Tempatan

Views

Michelin menjemput para peminat permainan video lumba kereta bagi merebut peluang untuk mewakili Malaysia di ‘Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo’. Acara e-lumba tahunan ini akan menyaksikan para ‘gamer’ dari Malaysia berentap dengan peserta-peserta dari Thailand, Indonesia, dan Australia.

Hadiah Utama berupa pakej perjalanan yang ditanggung sepenuhnya oleh Michelin yang bakal memberi peluang kepada johan pertandingan ini untuk meneroka dunia Michelin dalam kegiatan sukan permotoran dan mobiliti di Michelin Passion Experience (MPE) tahun ini di Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Naib johan akan membawa pulang satu set tayar Michelin, manakala pemenang tempat ketiga akan menerima kad bahan api bernilai lebih daripada RM1,500. Pendaftaran bagi pusingan kelayakan akan dibuka bermula hari ini sehingga 8 Julai 2022.

Setiap seorang daripada 500 peserta terawal di Malaysia akan menerima barangan Michelin yang eksklusif. Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo merupakan sebuah pertandingan e-lumba yang akan menggunakan platform ‘Gran Turismo’ di PlayStation 4 dalam mod Sport.

Para peserta dikehendaki untuk menghantar catatan masa terbaik mereka bagi Pusingan Kelayakan dari 11 hingga 15 Julai 2022.

Enam peserta dengan catatan masa terbaik akan diumumkan pada tarikh 20 Julai 2022 untuk mewakili Malaysia dalam pusingan Separuh Akhir dan kemudiannya berlumba dengan enam wakil peserta terbaik dari tiga lagi negara lain yang mengambil bahagian.

Seramai 24 peserta dalam Pusingan Separuh Akhir (enam pemain dari setiap negara: Thailand, Malaysia, Indonesia, dan Australia) akan dibahagikan kepada dua kumpulan, setiap satu akan terdiri daripada 12 pemain.

Enam pemain terpantas dalam setiap kumpulan akan mara ke Pusingan Akhir, yang akan disiarkan secara langsung pada 26 Ogos 2022 bermula jam 8 malam (Malaysia), melalui akaun Facebook rasmi Michelin Malaysia berserta saluran-saluran media sosialnya yang lain.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Tiga peserta di tangga teratas akan diumumkan secara rasmi pada tanggal 30 Ogos 2022. Berikut adalah jadual pertandingan Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo:

Jadual Piala Asia Michelin Dikuasakan oleh Gran Turismo
26 Jun hingga 8 Julai 2022Pendaftaran melalui https://gperacing.com/michelin/
9-15 Julai 2022Peserta menghantar catatan masa terbaik mereka dalam Pusingan Kelayakan
20 Julai 2022Pengumuman 6 peserta dengan catatan masa terbaik untuk mewakili Malaysia dalam Pusingan Separuh Akhir
4 Ogos 2022Pusingan Separuh Akhir, bermula jam 5 petang 
26 Ogos 2022Pusingan Akhir, bermula jam 8 malam
30 Ogos 2022Pengumuman Rasmi Para Pemenang

Untuk makluman, pemenang Hadiah Utama haruslah memiliki lesen memandu atau lesen perlumbaan yang masih sah sehingga selewat-lewatnya 9 September 2022 untuk layak menuntut hadiah berkenaan.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila daftarkan diri anda sekarang di https://gperacing.com/michelin/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply