ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suami isteri ‘cabut lari’ tinggal mayat anak selepas kemalangan, rupanya dalam kereta ada dadah

Berita Tempatan

Views

Pasangan suami isteri nekad melarikan diri serta meninggalkan mayat anaknya selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Kelamah-Jelai-Gemas, baru-baru ini.

KOSMO! ONLINE melaporkan, dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, pasangan berusia lingkungan 20an dan 30an itu melarikan melarikan diri dengan menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Difahamkan kenderaan tersebut milik seorang pengguna jalan raya yang telah berhenti untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa yang terlibat kemalangan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, kemalangan tersebut berlaku ketika pasangan terbabit bersama seorang anak berusia dua tahun dalam perjalanan dari Felda Jelai ke Felda Bukit Jalor.

Sebaik tiba di lokasi kejadian katanya, suspek lelaki yang memandu kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback itu cuba memotong sebuah lori sebelum gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kanan jalan.

Kenderaan tersebut telah berpusing beberapa kali sebelum bergesel dengan sebuah lori. Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penumpang kereta telah tercampak keluar.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah tercampak di tengah-tengah jalan raya telah digilis oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.

Mengulas lanjut Anuwal berkata, pasangan terbabit berjaya ditahan di rumah mereka di Felda Bukit Jalor dan pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan yang dipandu lelaki berkenaan telah menemui dadah.

Jelas beliau, pihaknya telah membuka tiga kertas siasatan iaitu di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1985.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply