ARKIB

KATEGORI

Info

Ini mungkin lima model Kawasaki yang bakal menggunakan lencana Modenas nanti

Info

Views

Baru-baru ini, Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), telah diumumkan sebagai sebagai pengedar rasmi motosikal keluaran Kawasaki berkuatkuasa 1 Oktober 2021.

Menurut rakan kami di MotoMalaya.net, perkembangan terbaharu itu telah pun dijangka kerana Kawasaki Heavy Industries (KHI) telah pun membeli 14.3 juta unit saham Modenas setelah memeterai perjanjian bersama DRB-Hicom Berhad.

Perjanjian ini menyaksikan KHI yang sebelum ini hanya memegang ekuiti 19 peratus, telah meningkatkan pegangan kepada 30 peratus sekaligus membolehkan KHI terlibat dalam operasi Modenas sekali gus membawa kepada peralihan daripada KMSB ke EMOS.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Ini bermakna Modenas akan mengendalikan semua aspek pengedaran membabitkan Kawasaki bermula 1 Oktober 2021 termasuklah motosikal, alat ganti, servis selepas jualan serta khidmat pelanggan.

Pada masa sama, perjanjian tersebut turut akan menyaksikan Modenas melakukan penjenamaan semula terhadap beberapa model Kawasaki berkapasiti dari 250cc hingga 650cc yang turut akan dipasang di kilang Modenas, di Gurun, Kedah.

Berikut adalah lima model Kawasaki yang mungkin dijenamakan semula dengan lencana Modenas:

  • Kawasaki Ninja 250 SE ABSSportbike dengan enjin parallel twin 249cc DOHC ini telah pun dipamerkan semasa pelancaran Dasar Automotif Nasional 2020, tahun lalu.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

  • Kawasaki Versys-X 250 – Motosikal segmen kembara (adventure) ini yang dijana enjin 249cc parallel-twin dengan suntikan bahan api ‘dual throttle valve’.
  • Kawasaki Z650 ABS – Model segmen naked berkonsepkan ‘Sugomi’ ini menggabungkan rekaan yang agresif dengan ciri yang praktikal serta enjin parallel-twin 649cc yang cukup berkuasa.
  • Kawasaki Ninja 650 ABS – Model yang diinspirasikan dari ZX-6R ini dikuasakan enjin yang menghasilkan 67 kuasa kuda pada 8,000rpm dan 63.72Nm daya kilas pada 6,700rpm.
  • Kawasaki Versys 650 – Model touring ini dilengkapi enjin parallel-twin 649cc DOHC yang menghasilkan 68.05 kuasa kuda dan 61Nm daya kilas serta dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.

Adakah model-model ini dan supermoped yang paling ditunggu-tunggu bakal direalisasikan oleh gandingan Modenas dan Kawasaki nanti? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply