ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ini Myvi facelift (D51A) 2021 ke?

Foto Intip

Views

Kami sebenarnya baru perasan, laman Facebook RiderAth beberapa hari lalu memuat naik satu foto seakan Myvi yang sengaja dikaburkan. Timbul persoalan adakah ini rupa sebenar Myvi facelift (D51A) 2021? Walaupun kabur, kita masih nampak imbasan rupa Myvi facelift 2021 dengan perubahan yang agak ketara.

Paling ketara adalah bentuk lampu, jeriji dan bampar dengan rekaan baharu sepenuhnya. Jika ini gambar yang sebenar, memang nampak Myvi facelift 2021 jauh lebih garang berbanding model semasa kan? Dalam artikel sebelum ini, model tersebut kami dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Menurut info dari ejen perisik Mat Bond, ada ura-ura mengatakan transmisi automatik pada Myvi semasa akan ditukar kepada CVT yang digunakan oleh model SUV, Ativa. Enam pilihan varian akan ditawarkan dengan termasuk dua varian baharu, manakala varian 1.3 manual tidak akan ditawarkan.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Berikut adalah senarai varian yang bakal ditawarkan:

  • 1.3 (tanpa A.S.A 3.0)
  • 1.3 (dengan A.S.A 3.0)
  • 1.5 SE (baharu) (dengan A.S.A 3.0)
  • 1.5 AV (tanpa A.S.A 3.0)
  • 1.5 AV (dengan A.S.A 3.0)
  • 1.5 AV versi andalan (baharu) (dengan A.S.A 3.0)

Kesemua varian akan didatangkan dengan Amaran Berlepas Lorong (LDW) kecuali varian 1.3 tanpa A.S.A 3.0. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Pemantau Titik Buta (BSM), Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0), lampu hadapan dengan fungsi lampu tinggi automatik, manakala varian AV versi andalan yang turut dilengkapi dengan Bantuan Kekal Lorong (LKA).

Myvi facelift 2021 akan tampil lebih segar dengan lampu depan, jeriji dan bampar depan belakang rekaan baharu, stereng baharu (mungkin berkongsi stereng dengan Ativa), meter baharu serta warna merah baharu yang dikhaskan untuk varian 1.5 AV versi andalan sahaja.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Difahamkan, untuk dua varian teratas, iaitu 1.5 AV dan 1.5 AV versi andalan akan dilengkapi dengan lampu siang LED (DRL) jenis menegak pada bahagian bampar. Jika anda perhatikan pada foto di atas, jelas ada ruang pada penjuru sisi kiri dan kanan bampar depan yang berbentuk menegak dan mungkin lampu DRL akan diletakkan di situ.

Dari segi penggayaan, kami rasa Myvi facelift 2021 banyak dipengaruhi oleh unsur rekaan Ativa terutama pada bahagian jeriji yang bertindan dan memegang logo Perodua di tengah-tengah. Bukaan corong kemasukan udaranya juga nampak lebih besar bagi menampilkan imej sporty dan bamparnya masih membawa unsur rekaan ‘X’ seperti model-model semasa Perodua.

Kami akan cuba mendapatkan maklumat terbaharu mengenai Myvi facelift 2021 dari semasa ke semasa, nantikan?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit RiderAth

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply