ARKIB

KATEGORI

Buletin

Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Info

Views

Dalam diam-diam Perodua sedang menyiapkan model facelift Myvi (namakod D51A) yang dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Menurut info terbaharu yang diperolehi dari ejen perisik Mat Bond, ada ura-ura mengatakan Perodua akan menggantikan transmisi automatik yang ada pada Myvi sedia ada kepada CVT yang digunakan oleh model SUV, Ativa.

Jika benar, ia sudah pastinya mengejutkan dan di luar jangkaan ramai pihak. Tambah Mat Bond, Myvi facelift nanti akan ditawarkan dengan enam pilihan varian termasuk dua varian baharu, manakala varian 1.3 manual tidak akan ditawarkan.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Berikut adalah senarai varian yang bakal ditawarkan:

  • 1.3 (tanpa A.S.A 3.0)
  • 1.3 (dengan A.S.A 3.0)
  • 1.5 SE (baharu) (dengan A.S.A 3.0)
  • 1.5 AV (tanpa A.S.A 3.0)
  • 1.5 AV (dengan A.S.A 3.0)
  • 1.5 AV versi andalan (baharu) (dengan A.S.A 3.0)

Kesemua varian akan didatangkan dengan Amaran Berlepas Lorong (LDW) kecuali varian 1.3 tanpa A.S.A 3.0. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Pemantau Titik Buta (BSM), Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0), lampu hadapan dengan fungsi lampu tinggi automatik, manakala varian AV versi andalan yang turut dilengkapi dengan Bantuan Kekal Lorong (LKA).

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Dari segi perubahan kosmetik, Myvi facelift akan tampil lebih segar dengan lampu depan, jeriji dan bampar depan belakang rekaan baharu, stereng baharu (mungkin macam stereng Ativa kot), meter baharu serta warna merah baharu yang dikhaskan untuk varian 1.5 AV versi andalan sahaja.

Difahamkan lampu belakang masih dikekalkan kerana mengikut kebiasaan model facelift Perodua semasa, hanya akan mengubah wajah hadapan, sebagai contoh Bezza. Difahamkan, untuk dua varian teratas, iaitu 1.5 AV dan 1.5 AV versi andalan akan dilengkapi dengan lampu siang LED (DRL) jenis menegak pada bahagian bampar.

Buat masa ini, itu sahaja yang kami perolehi dan kami akan cuba mendapatkan lebih info lagi dari semasa ke semasa. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply