ARKIB

KATEGORI

Buletin

Inilah dia enjin roket propelan cecair komersial pertama Asia Tenggara ciptaan anak Malaysia!

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya, sahabat kami Izmirov Yaminovich dengan bangganya memperkenalkan enjin roket propelan cecair komersial pertama di Asia Tenggara yang direka dan dibangunkan di Malaysia yang dikuasakan oleh Propelan Kriogenik (Cryogenic Propellant).

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Roket LREC1 (Liquid Rocket Engine – Cryogenic 1) ini dihasilkan oleh syarikat tempatan iaitu, Independence-X Aerospace.

Pembakaran statik enjin roket dan ujian pelancaran roket akan dijalankan tahun ini di Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sempena penggubalan Undang-undang baharu Angkasa Negara dan proses pensijilannya oleh SIRIM dan CAAM.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Pembangunan enjin adalah sistem pendorong prekursor kepada DNLV (Dedicated Nano Launch Vehicle) yang akan berfungsi sebagai pelancar satelit komersial untuk pasaran satelit kecil, mikro, nano dan Femto global.

Independence X Aerospace turut memberikan sokongan penuh dan merakamkan setinggi-tinggi penghormatan kepada kepimpinan YBrs Tuan Haji Azlikamil Napiah selaku Ketua Pengarah MYSA, yang juga menerajui Penerokaan Angkasa Lepas Malaysia 2030 ke arah menjadikan negara ini sebagai peneraju dalam teknologi angkasa untuk kesejahteraan rakyat dan serantau.

Syabas Independence X Aerospace!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Izmirov Yaminovich

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply